Monday, October 3, 2011

~biru persahabatan:mendamaikan~

terasa sekejap je AG duk kat CFSIIUM ni....
AG tak nak tulis banyak just nak dedicate something untuk roomate2 terchenta......


FIKSYEN BAYANG-BAYANG
mentari terik
aku berjalan lagi...
ku lihat masih ada dia....
pergilah...
untuk apa kau denganku..
aku masih mahu berjalan....
ahh...
sakit...
darah itu bagai mengejek satu keangkuhan
entah mengapa aku rasa begitu
aku bangun..
tapi dia masih ada,,
masih lagi di situ..
aku cuba bicara..
aku cuba menyapa...
namun ku masih tidak menangkap sebarang frasa..
daripada dia..
mengapa ya dia masih di situ...
itu dialog manusia.


aku bayang-bayang
selalu aku dengan dia
aku lihat waktu rebahnya
aku lihat waktu bangunnya
aku lihat waktu dukanya
aku lihat waktu bahagianya

tapi
aku tahu
hatinya masih lagi bertanya
mengapa aku masih dengannya


sebab aku temanmu.

aku jawab tanpa suara
moga dia sedar aku sahabatnya.



                                                                                         contengan:azwa ghazali
                                                                                                             23:22/031011
                                                                                                         buat teman.

p/s:terima kasih sebab tahan dengan AG ye!!=)


Saturday, October 1, 2011

my favourite subject ever!! ~chemistry~

em...masih lagi dalam tema cinta.


terasa amatla malas nak study, nak bukak buku, nak pergi exam dan nak jawab paper last for this sem....
sebab ianya chemistry!!
untungla sesiapa yang ada perasaan cinta akan chemistry..
masa sekolah dulu lagi AG dah alah dengan chemistry ni..
kalau orang resdung alah ngan udang, AG yang ade jugak resdung ni alah pada chemistry.
kalau diikutkan dari kronologi akademik AG, masa mula2 TOV tyme form 4 tu okey agi, A ag,, xhairanlah sebab masa tu highest dalam kelas AG markah die 96%...tu betul-betul ada kasih dan sayang terhadap chemistry.lepas tu kalau ditilik daripada result untuk exam selepas dan selepas itu.....AG tak ragu-ragu mengatakan subjek yang menarikla sangat ni bagai menjadi gunting dalam lipatan serta musuh dalam selimut dalam kalangan subjek2 teras yang lain....aduh terskema pulak ayat..maaflah....terkena cahaya kebijaksanaan dalam subjek bahasa melayu sebentar.kalau korang sendiri tengok pun result AG, memang obvious AG deserved to be one of the chemistry haters. dan kesudahan yang betul-betul membuat AG terkilan adalah chemistry is one of the two distributers of B in my SPM result....
jadi untuk itu semua AG nak cakap yang AG benci sangat-sangat dengan chemistry....
semua orang cakap budak yang bijak chemistry adalah budak yang betul-betul bijak sebab mungkin sir AG pernah cakap yang chemistry ni satu cabang sains yang paling susah....
untungla.....bijak chemistry bolehlah ambik medic...
bijak chemistry bolehla amek pharmacy...
bijak chemistry bolehla amek critical courses kann...
untnglaa....


pagi tadi AG dah hantar borang pilihan aliran untuk degree kat main campus nanti....
options:
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY]
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]
die suruh AG susun taw in increasing order of our interest...

and borang AG susunan die macam ni...
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]       1st choice
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE  2nd choice
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY] 3rd choice

dan AG amat pasti kalau option ni ada 7 8 mahupun 10,
yang paling bawah ikut susunan AG adalah menda yang sama..langsung tiada bedanya....

AG nak ucapkan selamat tinggal untuk chemistry terchenta..
lepas detik 5.30 petang tanggal 3/10/2011 ini...
AG tak nak jumpa kamu lagi...
dan AG harap tak akan....

dan jangan tiba-tiba sebut sesuatu berkaitan acid base, atau salt, atau terkeluar sesuatu yang bernama carbon compound mahupun aromatic compound  yang berbau malang itu depan AG lagi...
mungkin sebab AG pernah terjatuh hati pandang pertama dengan chemistry dan AG nampak chemistry peluk orang lain depan AG..
manalah tahu kannn...patah hati tawww.....



SELAMAT TINGGAL CHEMISTRY.

Sunday, August 21, 2011

Letih doe...........!

one more time I insert the theme of love in this post.
the flowering one.
the purple one.
beautiful.

tapak kaki aku pegun dengan keletihan yang masih berbaki.penat doe..


"kak, mak dah beli baju raya kak.Nanti seluar akak beli sendiri kat KL la ok sayang...."

"ok..mak."
"kak, nanti tolong beli baju adik sekali..nak jugak baju beli KL.."

"nak baju macamane?"

"well..you know me...."
[dialog di atas berlaku minggu lepas...time AG call mak...tu pun bahasa seratus peratus edit ok...takut korang tak faham bahasa Terengganu...lagipun AG punya bahasa Terengganu ekstrem..hanya manikam kenal jauhari..]

dan pagi tadi AG bertolak ke destinasi membeli baju raya utama kat bandaraya merangkap ibu negara Malaysia ni.
.Malaysia oh tanah airku....
huh.masuk mood kemerdekaan sikit....tunggu punya tunggu partner AG bersiap, akhirnya kitorang bertolak dari sini lebih kurang pukul 9.30 pagi..
.pandai pulak AG bersiap awal kalau nak pergi shopping ni...
kalau kelas 9.00 pagi hari Isnin tu, selagi tak rasa lewat selagi tu lah AG  bertapa
kat atas katil terchenta tu...
aduh anak dara.....

destinasi pertama:mestilah stesen universiti...

kalau tak takkan nak terbang pergi masjid Jamek tu..
sampai masjid Jamek....

"Azwa, kita nak pergi mana dulu ni..."

"Jalan je la dulu Aiman..."
itulah AG
....tak pernah nak berlatih buat keputusan...
jalan sekangkang dua, masuklah kedai mamat sorang ni...
Aiman nak beli baju adik-adik dia....
diulang..adik-adik ye..kalau kes AG, bolehlah disebutkan adik...

awal-awal dah cakap, dia kena beli 8 baju hari ni..
dua pasang seorang...
dan AG yang adik seorang ni pun dah rasa ketar lutut mendengarnya...
tapi apa AG kesah, redah jela.....
nak beli baju kat adik-adik, kalau ajak AG beli baju kat cik abang sampai 8, 
ha tunggulah  AG bagi 8 das pelempang..




sudahnya hati sangkut kat baju kat kedai mamat tu.
Yela takkan nak sangkut kat mamat tu pulak..
dah kedai tu jual baju, bukan jual mamat tu....
hati Aiman yang sangkut,,bukan hati AG...

Hari ni AG nampak ada perbezaan yang nyata antara taste AG dengan Aiman..

"Aiman, yang ni tak berkenan ke?"
"Em..kain dia panas la Azwa.."
burp!nampak sangat ko maen redah yang cantik dan murah je bila membeli wahai anak Encik Ghazali ooiii.....

cantik jugak baju yang Aiman pilih...stylo..tapi still in Muslimah design...
baguslah tu..kalau AG baju design tu jadi pilihan bila nak masuk semester baru dekat UIA...yela dah baju-baju macam tu lah yang boleh mengeluarkan AG dari pagar UIA ni..
kat kedai tu dah melayang 70 ringgit,,
nasib bukan duit AG..tu pun dah lepas berlaku adegan tawar-menawar yang agak menarik bagi AG tadi...caya lah lu Aiman..dari 48 jadi 35 sehelai..amacam, korang ada ke bakat tawar-menawar sebegitu?
AG dah sah-sah lah takde...AG reti tawar hati bila dengar harga dia mahal je..=)...

next destination:masih di Jalan Tunku Abdul Rahman..menuju SOGO.

"Aiman, tengok situ kot ada je baju Muslimah.."
AG bertindak pantaslah..pantang nampak..sekilas baju muslimah tu kena air-cond, sudah AG tahu kewujudannya...amek kau!peribahasa buatan sendiri lagi...apa gila ke....
kitorang masuklah Pusat Pakaian Hari-hari tu....hah sesuai sangatlah cik kiah oi namanya tu...nasib baik tak jadi Pusat Pakaian Hari Raya terus...lagi spesifik dan mantop habis ler....
tilik situ tilik sana.....sudahnya, 5 baju Muslimah berjaya dipilih denagn jayanya di situ...tengah syok pegang baju untuk Aiman ni...
"Dik, ni free size ke ad size lain?"
haha..terima kasih la cik kak oii..tahu la aku ni tak comel macam artis..pakai pulak sling bag kecik ala-ala penjaga kedai gitu....kok ye pu..tengoklah aku tolong pegang baju-baju partner aku ni kak oiii....

"Em..nak try dulu ke baju tu dik?"
"Eh tak..baju ni adik dia punye.."
Sambil bibir Juihkan ke arah Aiman..
"Nak bakul ke?"
"boleh jugakk..."Aiman jawab..
Mak ai pakai bakul bagai shopping hari ni..biar benor cik Azwa Ghazali...
Ala AG tolong kawan AG shopping je mak...hahaha...

Ok..7 clothes are done..
"Aiman, ke mana pulak ni.."
"Nak beli hadiah Ustaz.."
"Oh..okey.."
tengok-tengok seluar jeans kat luar kedai pustaka mukmin tu..emm...mahal la derr...


sudah siap semuanya..
sudah selesai akhirnya..
actually AG penat nak cerita semua sekali...
AG dah beli baju untuk adik AG hari ni..muat kot..takpe adik AG model...muatla ape2 ponn...
dan pembaziran berlaku kat rantai dan reben yang kepit kat shawl tu....hehe
dan duit juga dikorbankan untuk 3 helai shawl yang chumell bangat hari ni...
huh,berjaya!
and AG nak introduce kat sini...
Aiman tu roomate AG..
aiman najwa bt mat azmi ok..
lagi 2 orang
fareha rahimi and 
fatin aqilah abdullah...

tapi yang keluar hari ni AG ngan Aiman je...

ok la...
theme of love credited to all my roomatez...

[",]
smile from me...

AG.love.tettt..!



Sunday, August 14, 2011

AG rinduuuu......!!

lambatnya balik kampung.....



rindu gulai terung...


 rindu sup sayur...


rindu tomyam...
 

rindu sambal ikan bilis....


rindu sambal belacan...




rindu ikan tilapia...



rindu ikan patin...


rindu rojak ayam.....


rindu tauhu sumbat...




aku sebenarnya rindu tukang masak mereka...
my beloved mum!!!!
i misy youuu....

yummy!
laksa penang aku paling rindu.......






dan yang paling aku rindu.....



budu!

aduss.....

parah dah aku ni....

Saturday, July 30, 2011

lelaki itu....?

loop forever.
in the wind of loxygen.


LELAKI ITU.....
yang lagaknya mampu mentadbir dunia....
yang seakan tidak akan kalah menentang syahwatnya....
namun akhirnya....
meninggalkan HAWA  bersama air mata......


LELAKI ITU....
dari jauh terdengar seolah gegak gempita....
katanya kaum HAWA itu amanahnya.....
ujarnya yang namanya perempuan itu wajib dibela....
namun akhirnya di akhbar aku terbaca....
LELAKI itu lupa akan ikrarnya.....




LELAKI ITU......
zahirnya gagah bukan kepalang.....
pantang dicabar jangan ditentang....
namun akhirnya HAWA ditinggal keseorangan di belakang.....




LELAKI ITU.....
kamusnya tidak wujud air mata....
kerana katanya itu harta seorang wanita,,,,
sejuk hati mendengarnya....
menganggap lelaki begini melindungi kita....
namun akhirnya......
kejam ke atas HAWA itu bagai jadi budaya....



LELAKI ITU....
katanya wujud HAWA asal temulangnya....
tuntas perlu disayang serta dicinta....
namun  hati seorang isteri remuk juga akhirnya......
kerana suami itu tiada sabarnya..




LELAKI ITU....
katanya siapalah HAWA tanpa mereka....
katanya memimpin keluarga itu tugas utama....
katanya yang mendera HAWA itu pengecut namanya....
namun....
HAWA terus menjadi mangsa.....



WANITA ITU....
lemahnya mereka dalam pujuk rayu ADAM....
frasa pujangga melangsai nafsu yang terbungkam....
dikata fitnah dunia....
namun...
terus berharap hadirnya ADAM itu merubah segala.....




WANITA ITU....
lembutnya mereka mengharap belas.....
bukan sengaja jadi timba yang cintanya tak dibalas....
bukan sengaja jadi tanah yang tandus dek adanya panas....


tapi....
mengharapkan semua ADAM itu benar-benar seperti ADAM...
yang kerana kasihnya masih bersama HAWA walau dihukum ke dunia....
walau sebelum itu bisa bahagia di syurga......

salahkah sekadar HAWA ini bertanya....



memang kami sendiri melihat kaum kami ada yang tidak sempurna takwanya....
tapi apa hujahnya bila ditanya,
mereka jadi begitu kerana seorang ADAM....
LELAKI cukup pandai mengutarakan kami ini lemah...
tapi kami makin lemah bial yang sepatutnya kuat itu tidak menunjukkan pimpinannya....
yang sepatutnya memimpin itu tidak tahu hak kuasanya.....









aku masuk gear 1 pujangga hari ini.teringat kekasih lama mungkin.




p/s:ni unedited version ok.aku seorang pujangga.anak angkat a.samad said.

Friday, July 29, 2011

tanya sama pokok....

again and again..
I said,again...



I wrote in the spirit of love...

tanya sama pokok apa sebab goyangg...
jawab angin yang goncang....
terbang burung terbang....

sudahhh...! aku tak ingat la pulak lirik lagu pokok ni....




mungkin otak sedikit tepu dengan reaksi-reaksi kimia 
atau persamaan-persamaan fizik...
atau mungkin space of memory terisi dengan aturan rantai pembezaan matematik....

hahaha!! ayat di atas macam menunjukkan aku belajar fizik kimia and math dalam bahasa melayu je....
writing in the mood of exam....[maybe!]....




pokok....
ape jadahnya nak tanya pokok kenapa dia goyang? baik tanya madam bila madam xde kan?menempah maut namanya....suka hati pokok tu la nak goyang ke nak tumbang ke...asalkan x kena kepala korang....tak gitu cik kiah? bukan nya luak duit korang pun kalau pokok tu goyang.....






back to the centre for foundation studies, eh tak,centre of the topic, actually nak story pasal bertanya hari ni.....

"madam, kenapa equation die guna yang tu?"
"sebab equation ni yang ade unknown yang sama dengan yang ade dlm problem kita ni...."
"kenapa equation dia macam ni, madam?".......



haa....soalan macam ni la yang nak aku kecam habis-habisan sekarang.....ok la...certain time..bagus la nak tanya kenapa dan kenapa.....kalau macam madam aku...dia bagi equation, and then dia derive jadi equation lain......kalau dalam pelajaran tu aku terima lagi sebab fundemental punya understanding tu penting....baru bley applicate konsep.....


kalau setakat warna aiskrim pun nak tanya kenapa......apa kata baca je kandungan dia tengok apa yang dia letak.....and kalau ada seseorang tanya kat aku soalan ala2 macam ni..."kenapa macam ni, tak macam tu...?"huh...dan-dan pulak aku baru lepas kelas chemistry terchenta masa tu....jawabnya....angin bergoncang la......




tak...sekarang penting sangat ke korang nak tahu kenapa warna aiskrim tu macam tu?
kenapa kak noni da ade kat kedai dia, walhal anak dia masih kecik yang amat?


kenapa uia ni ketat sangat peraturannya?haha....cepumas!
kenapa rasa air ni macam ni....
yes aku stuju semua ni menajamkan pemikiran...
tapi kalu kau tanya pada pokok yang salah, maka.....terjadilah ribut taufan...
paham ke idok?!!


memamg menajamkan pemikiran kalu kita practise otak kita memikirkan sebab dan musabab sesuatu kejadian....Allah pun ada sebut macam tu...tapi kalau tiba-tiba korang munculkan pertanyaan-pertanyaan tersebut dalam lebih kurang 10 minit lagi nak masuk Al-Malik Faisal Hall nak amek exam kimia....memang nak kena ngan aku....haha...

the conclusion are...
-thinking is good, same as asking...but be sure that they come in the right time and place...and tanya tu pada pokok yang betull..haha
-nak cakap kat sini...jangan tanya hal kalu tengok ade hal berkaitan  kimia berdekatan aku , sebab aku terkena badi kimia  dari kecik!




semoga kita mendapat manfaat dariNya...
Amiin..


state of matter:solid life+liquid of brain.....

p/s:hehe,,,,,,maaf ye peminat tegar subjek kimia....

Sunday, June 26, 2011

....mati terbelit tudung ala ular tedung..?

L.o.
written with love....
hari tu masa aku dalam perjalanan menuju kelas math yang venuenya dekat SMAWP....daarul hazihil hiwaar...


"Wei havoc la tudung dia...."
sebab masa tu aku dan clazmates ternampak kelibat seorang sister ni pakai tudung ala-ala ular tedung tu....
"Husni...ko xnak pakai tudung macam  tu ke?..."
"Aku tak nak mati terbelit tudung...."
"Haha...ape la ko ni..."

"Aku boleh bayang berapa lama dia duk bertafakur depan cermin....."
"Bangun pun awal taw nak g kelas...bukan macam kite..."

"Aku takut nanti masuk surat khabar ada orang mati terbelit tudung..."
apa ke baaarang la gurau...
ada ke mati terbelit tudung.....

tadi pagi-pagi aku dengar leteran yang sumbang-mambang dari roomate aku bila dia baca satu post kat facebook....


tudung ala macam ni la


pasal tudung ala-ala ular tedung ni lah......
dan post tu dari seorang yang datangnya dari golongan adam....

betul..kalau ikut fashion-addicted punya person, man actually knows less about fashion....
tapi...kalau ikut realiti kehidupan kita setiap hari, man is one of the uncountable list of person that see you either by intention or not....

the point is....
kaum adam ni biasanya takkan tegur kalau fashion itu kita gunakan selari dengan objektif pemakaian tudung yang sebenar-benarnya....

i'm not such a perfect person....
mine is also incomplete...

peranan kita masih sama....
berpesan-pesan dengan kebenaran...
berpesan-pesan dengan kesabaran..



all of us are beautiful girls...
and those boys actually having their own way to control their desire towards us...

and sebab tu la kowt muncul post-post yang kurang sedap dibaca tu.....

aku atas pagar ok.......
daa....

v.E.






pompuan ni kompius nak pakai shawl macamane..



Saturday, June 18, 2011

..........sejati ke??

L.o.
with love i wrote.
tadi aku terbaca satu komen kat one of the group yang aku join...pemilik blog tintapenaku tu shout kat sume blogger kat Malaysia ni kot..dia tanya betul ke kami ni blogger?

bertanyakan sejauh mana sejati itu sia-sia la brother.....

sejati sangat ke dia tu...
intention orang tak siapa tahu la..




.blogger sejati angkat tangan!!!
yang tak sejati macam mana pulak??





macam mana blogger dinilai?
bagi aku peranan blogger ni sama...
menyebar apa yang patut dan berkongsi segala apa yang manis dikongsi...

tup-tup dengar ada blogger kena tahan...
sebab sebar benda yang tak patut....









kita semua memang sibuk nak nilai orang...
sedangkan yang paling layak menghitung tu Allah...
kita tak habis-habis nak tuding jari...
sedangkan kita tak tahu malaikat pun tengah tuding jari kat kita....
seluruh anggota kita pun tengah bersedia nak tuding jari bila diminta di akhirat kelak...
perlu ke kita bertanya baiknya seseorang kalau kita sendiri belum habis bertafakur merenung dosa semalam...
merenung nasib esok....








aku kagum jugak sebenarnya dengan certain blogger..
gaya bahasa diorang...
dah boleh terbitkan buku sendiri...
what they sid also marvellous....
and kadang-kadang aku pun banyak timba ilmu melalui blog...
tahu macamana malaysians voice out,,,,


kita kan negara demokrasi....
1malaysia boleh bersuara...
but thinking with desire mostly killing...


and jangan lah sampai masyarakat memandang kita semua blogger dengan pandangan dari sisi malap...
tanpa nampak terang yang ingin kita sampaikan....




kasih sayang.
dari aku.

p/s:hidup blogger...!

Friday, June 17, 2011

..The Eleventh Hour....

pernah dengar tak pasal ni..:

"the man who decided to change on the 12th hour died on the eleventh hour.."

tadi aku baru habiskan first part contengan jalanan, karya my beloved novelist.....hlovate.being impressed of that book, again and again by the words written by this high-talented person...mesti ramai yang dah baca buku ni.
as well as da finish part one...story of affendy..trying to change on the 10th hour...worrying that the 12th one is not fated by Allah for him....
aku pun manusia biasa....

kalau nampak dosa pahala tu macamane aku pun takut nak buat dosa...
tapi Allah dah janjikan syurga dan neraka...
bagi yang sedar akal tu berguna..
bagi yang tahu nafsu bukan raja...
bagi yang peka dunia bukan segalanya.....

kalau esok bukan untuk aku lagi...
sempat ke aku nak mintak maaf kat mak?
sempat ke aku nak jadi manusia berguna?
sempat ke aku nak jadi hamba Allah in the true meaning...
in the being translated version...

try la baca novel ni....
aku nak berubah tapi kenapa obstacles kat depan tu macam buat roadblock besar-besaran sempena penghijrahan aku......
hari tu tyme cuti n kerja part-time kat supermarket tu..aku jumpa budak umur 17 tahun...yang surprisingly dah dapat status janda... huh...
mengucap panjang aku....
aku takut sebenarnya,..takut dengan diri aku sekarang..takut dengan dunia sekarang yang fully-conquered by the desire......
kalau automatically-labelled bile bah pecah dara aku rasa boleh bilang je remaja perempuan yang truly virgin kat tanah melayu ni...tanah melayu tapi western-style-developed... yang peliknya maju tak pulak setaraf dengan negara-negara barat tu....
aku bukan PM nak tentukan rancangan masa depan untuk Malaysia...
aku bukan raja nak menitahkan bahawa something have to be done...
aku bukan cikgu nak didik anak bangsa kita ke arah kemodenan without lowering the reflection of Islam...
semua nak kepoh bila baca blog adinda tu..
kononnya terkejut budak tu sanggup buat statement macam tu....
kita sibuk2 macam tu pun the gone was gone la....
nothing should be done except before she did that thing called sin....
kalau nanti semakin ramai yang buat statement macam tu......

yang tinggal ni imannya tak lebih jugak dari nipisnya kulit bawang......

kalu iman yang tinggal tu dikuasai inkuiri yang mendorong ke the black hell maka tamatlah riwayat iman yang sepatutnya being a saviour itu....
kissing...
hugging..
saying i love you till my time ends...
tears for the kononnya-beloved-ones....
without a certificate of marriage....
aku dah bosan dengan semua ni..
muak macam dah penuh perut...
aku tak cakap orang lain..
aku pun sama....
mudah sangat hanyut,,,
macam tak cukup kasih sayang,,
walhal Allah tu kasih sayangnya melimpah ruah..
tak payah nak call2...
tak payah bazir kredit nak mesej pun...
tengok2 esok boleh celik mata tengok pemandangan kat cfs ni...
boleh belajar benda baru setiap hari...
sedangkan aku sendiri...
nak keluar alhamdulillah sekali sehari pun tak semudah aku nyanyi lagu faizal tahir setiap saat...
sedangkan kalimah2 Allah tu jauh lebih pendek dari lirik2 lagu yang kosong tu.......

bayangkan kita lelaki dalam statement aku mula2 tadi...
the man who decided to change on the 12th hour died on the 11th hour.....
11 comes before twelve...

and aku sendiri...

tak tahu sebenarnya jam untuk aku berubah datang sebelum atau selepas jam jasad aku berpisah dari rohnya...



Allah knows everything....

banyak lagi benda yang boleh diikut selain nafsu kan.....
bantu manusia macam aku untuk berubah....
kadang-kadang kita tak sedar kita hidup untuk apa...
ustaz ada cakap..
"great life begins with the end of mind......"
mana la tahu end of mind tu tak ditakdirkan untuk aku...
aku pun nak merasa syurga kerana aku muslim cemerlang..
aku tak nak merasa syurga hanya kerana islam tu ada kat ic aku...

tapi dosa-dosa semalam bagai tidak mahu memberi ruang untuk satu perpindahan...
seolah-olah tidak ada jalan pulang...
remaja kita terlalu celik dengan keyboard2 komputer hingga buta tentang dosa...
......................................................
mungkin
aku terlalu takut esok itu tiada
i wonder if i have to meet my full stop before the 12th hour
if i decided to change on the 12th one
.....................................

probably
i have to change before the full stop appears 
before the commas disturb...
i have to
..................................................
wish me luck

Allahuakbar.


[contengan jalanan-hlovate]







Monday, March 14, 2011

short ke over?

haru biru....

plus haru kelabu dah aku rasa......





teruja tahap hybridized bile balik cuti sem 3 bulan kat terengganu...
terbuntu nak buat apa aku cari la kerja...












so petang tu aku mintak tolong mak sepupu aku hantar aku ke sebuah pasaraya yang agak well-known kat tempat tinggal aku untuk mintak mane2 jawatan yang kosong nak diisi....
actually aku tak kisah pun jawatan apa2 pun asalkan terisi gak masa cuti aku ni......
tangga office tu aku daki...


aku masuk dan salah seorang kerani kat situ bagi aku borang ala2 biodata diri....
nama dah..
jawatan diminta dah...
and finally all the blank were filled by my handwriting.....
solved!





kak nita call aku ajak aku kerja...
tapiiiiii...........






masuk2 esok tu die baru cakap aku dapat kerja apa....
"Fatin, jadi cashier neh....
cashier xcukup orang ni....."
"..huh?"
bapak ar.............



cashier pasaraya.......
fine!





time tu jugak terbayang kenangan2 tak berapa manis kat sekolah.....

saat2 main duit orang...

waktu2 berangan kaya ngan duit yang bukan milik kita.....

waktu aku jadi koopian merangkap orang jaga koperasi sekolah dari form 1 sampai form 5 kat skola dulu....

bau duit tu dah sebati ngan aku.....
cuma aku sendiri ni bila la nak berduit pun tak tau...
asyik berangan ngan duit orang je....
huhu............





tapi..
bab jadi cashier ni berat jugak....
sebab guna teknologi..
haha!
orang lain cakap teknologi itu memudahkan kau cakap masalah pulakk...
cuak dowh tyme first time scan barang...
tak nak masuk pulak barcode die......
aisyyy..........
mula la aku rasa macam student yang tengah nak buat tesis pasal program untuk sales..


f9 untuk payment...
cntrlC nak cash count...
cntrlL nal log in and out...
cntrlK nak bukak drawer...
cntrlP nak print previous resit....
f5 nak ltak kuantiti......
f6 nak ltak harga bile barcode die takde........



huh...
mase ni rase nak respect pulak cashier2 senior yg dah lama ade kat situ....
welll....



practice makes perfect, right?


so..
no wonder la boleh scan barang, amik payment and bagi change lepas koyak resit sambil say thank you dalam sekelip mata....




mase ni jugak teringat masa main game macam burger shop tu...
bila ada customer marah masa kita bagi order diorang lambat....
hah..tu satu benda yang basic in life.....

facing people...

facing their annoying what,,,

and disgusting ask...
haha.........




tu yang aku cuak sangat mula2 bukak kounter tu...
takut orang marah kita buat kerja lambat kan...
ala kan dah tertera kat nametag aku...'trainee'....
and sekarang da nak masuk dua minggu aku jadi salah seorang cashier sementara kat pasaraya.....
yang lain ramai tengah tunggu SPM...




terasa macam jadi form 4 baru kat sebuah sbp...
sebab..
baru2 masuk sekola, orang da panggil kak....
haha....





enough said...
ingat nak sambung hati seorang dara tu tapi tu lar....
tengahari ni nak masuk kerja....
sampai malam pulak....

hari rabu ni la kot...
sebab wednesday is my off day....
till then..

banyak lagi nak citer..bley buat banyak chapter although baru almost 2 weeks jadi cashier...
tapi masa is too jeaous with me...




daa...........

Tuesday, February 22, 2011

episod1:hati seorang dara

       Angin bertiup seolah2 mengerti akan hadirnya resah di jiwa...kala si dara tunduk merenung bumi yang persis menyambut pandangan matanya....air mata makin berpusu2 keluar dari organ yang sepasang itu..yang dianugerahkan tuhan untuk kita memahami apa itu cahaya....dan untuk kita mengetahui apa itu warna kehidupan secara zahir dan tersiratnya...derita si dara itu terus diterjemah oleh butir2 mutiara di pipinya...mengapa mesti begitu...mengapa ya sakit itu kalau dibandingkan dengan sakit pembawa maut, sakit ini masih juara....mengapa ya di saat kita baru terlihat bibit bahagia lalu derita itu dengan ramahnya menyapa...tanpa dipinta....si dara lihat satu-persatu titisan air matanya larut bersama pasir yang direnungnya dari tadi.....dicapainya ranting di sisinya...yang seolah2 cuba menegur dan mendengar keluhannya...lalu dukirnya di dada pantai....

KITE SAYANG AWAK

...ahh...berat keluhan itu dilepaskan mengutarakan rindu yang kian menyebu di hati....selendang ungu yang dipakainya menari2 dipukul angin pantai...makin melurut menampakkan hitam rambut si dara.......

petang itu dia bukan keseorangan..wujud beberapa jasad lagi di situ...kanak2 yang baru mengenal dunia dari sudut positifnya tanpa rasa ragu tentang muslihat dunia itu sendiri....bebasnya mereka...berlari2 tanpa ada elemen2 kritikal megisi minda...tanpa masalah dunia yang datang menyapa bagai sudah ada nombor gilirannya...waktu itu di hati dara....

alangkah baiknya andai aku tidak dewasa...takkan sempat difigura dengan cinta..takkan sempat mengerah tenaga mengejar cita yang orientasinya untuk mengisi harapan keluarga...
takkan sempat mengenal dia...
takkan pernah dipenuhi perihal2 kerja yang menimbun bagai tiada pasang surutnya...sekali lagi keluhan dilepaskan......
untuk apa ini semua....untuk apa keluhan ini..... cuma kerana tidak bisa melupakan seorang manusia hingga kita mengabaikan sebesar2 cinta dariNya.. bukankah itu bermakna kejadian manusia itu kau anggap lebih sempurna dari seagung2 pencipta?........
jam di tangan dipandang sekilas....sudah lewat rupanya....

Ya Allah...andai waktu aku mengenang dia tadi aku gunakan untuk mengabdikan diri padamu...alangkah baiknya...tapi aku manusia biasa...yang terlalu lemah berhadapan dengan dugaanmu...walhal dugaan itu cuma perpisahan..yang secara logiknya memang sentiasa menemani manusia lain juga seperti aku.....namun aku rindu...............

hati si dara masih begitu..meraung tanpa suara..menangis tanpa air mata..merintih kerna terpaksa...merindu tanpa noktahnya......


"awak....kenapa kawan ngan kite?"
dia senyum...comell...
"awakk...kite tanya ni...."
"sebab..awak ni mengada-ngada...."
"ala....awak cakap kite mengada-ngada....sampai hati awakk..."
muncung dah 12 hasta....
"tengok tu...manja mengalahkan budak kecik...merajukla tu..."
muncung tak berubah...
"budak ni kan..lagi kite tak pujuk..."
"merajuklah...orang nak balik.."
dia melangkah...
"yela-yelaa...tak merajuk dah..."
"kenapa dah tak nak merajuk...?letih eyk?"
dia ketawa.....jahaatt...
"sebab awak nak tinggal kite..."
dia ketawa lagi....eiiii....
"orang tak tinggal lar..."
"orang gurau je tadi..."
"nak tengok awak tu nak merajuk sampai bila..."
aku sengih....tak malu betul...
"betul tak tinggal kite?"
"kite sayang awakk...."
dia pegang tangan....
"awakk....orang sayang awak...dulu dah susah taw orang nak dapatkan hati awak tu...macam2 benda orang buat semua tak jalan..awak la jual mahal...bukan setakat mahal...harga mengalahkan khazanah lama mesir purba...kan?"
dia cubit pipi....
"jahaaat....."
"takkan orang nak tinggal teddy bear orang ni......orang sayang awak....ingat tu..."
teddy bear?...
"teddy bear?...mengarut..."
"yela...awak teddy bear orang.....i love you...."
aku tarik tangan dia...
"awakk...jom balik.."
"tak nak.."
"jomlaa...dah lewat ni..."
"tak nakk...."
"tadi ada orang cakap kite degil..macam budak2 la apa la...orang tu pun sekarang dah buat perangai awet muda pulak...degillaa...."
"awak...orang sejuk...."
pehal pulak mamat ni.....
"awakk..."
"yee...dah taw sejuk jom balik...."
"tak nak balik..."
"dah tu?"
"nak peluk teddy bear....."
"mana ada teddy bear kat sini....jom la balik..."
"orang nak peluk awak...."
"ni dah demam ni....kite nak balik..jom sayang..."
"awak...boleh tak?...orang nak peluk awakk...."
the rest was history....

aku rindu dia......si dara masih menangis..............
kenangan satu demi satu datang menerjah hati...
menendang2 memerintah hati biar dia menangis lagi......

bersambung...

Saturday, February 12, 2011

well...
berkecamuk..
tahap uppercase punye poblem la....






camner eyk lau nak eratkan a relationship yg da renggang dalam senyap... ala2 break in silent....
adakah kena terus bermanis muka tanpa suara?


atau berwajah feelingless tanpa menyapa?


atau patut memanggil tanpa malu tu ada?


atau nak kena bagi bunga?


atau nak kena bagi aiskrim nak cairkan renggang yang dirasa?


atau kena ade element macam F, C, atau O nak wujudkan balik hydrogen bond yang semakin tiada?


atau mesti bagi surat berjela-jela?


atau kena ade catalyst nak lajukan reaction bila bertentang muka?


aisyy,,,
macam pelik je bunyinyer,,,,,
enough said......
ni gayanya macam duk dalam satu array kat element yg rownye DIL and columnnye EMA...


dan element tu dibaca sebagai array[DIL][EMA]........


atau secara ringkas tanpa bahasa puisi a.azwa said tu...


aku sebenarnya tak tau macamane nak pulihkan satu hubungan yang aku rase da semakin jauh.....
jauhhhh..ala2 lagu tu....



nak kate aku buat salah yg besar tahap infinity aku rase xde...
tapi takut jugak sebab aku ni jenis hurting in no-voice condition.....
aku tak taw aku terlupa yang dia luka...

berdarah ke...

berkudis ke...

atau mungkin koma dalam berjalan...

ade ke luka spesies tu...

atau mungkin ketiadaan platelet menyebabkan darah luka tu tak henti2....
arhhh,,,
ko ni da putus fius.....

anyway...
saying don't know is still the solution for the overlapping of my choices....

next chapter is about today..
real today...





finished my day with a speech-lacked presentation of my programming project..
since we were the first group....
nervous tu xde shielding tadi...and consequent die ape yang da byk paham sal pojek tu tak terzahir dek suara aku yang tak berapa merdu ni....

hal ini kerana kami sendiri pun bingung how actually the way that presentation goes...
is there any output description or..

just waiting for the extremelykeen-buddies to ask us the question about the coding....
or..


just bubbling ridicolously just after introducing ourselves in front of the crowd....
and the sum of all of this is...


we finished our project presentation today with zero of feel...


but the other presentation are impressing...
actually all are impressing..
ours is only covered with excitation state punye gugup....
bagus betul kawan2 aku buat program....
tabik arr.....






madam ruzanna pun cayang kan9?.....huhu....
congrates to all...






kenangan++;

i have to make myself clear,
attending agd.

Wednesday, February 9, 2011

:THE THANK:

rase nak menaip baru muncul....dah menyelinap setaraf dengan rase nak menulis yang selalu ade..kenapa eyk menaip susa dari menulis?pernah pikir tak..aku rase sebab menulis gune tgan aku sendiri terus ke kertas tapi menaip ni memerlukan tgn sendiri jugak tapi kena tekan input device ni dulu baru nampak hasilnya kat skrin..cenggitu ek? tapi ade jugak org menaip laju dari menulis..sebab tgan die secara tak langsung dah jd homogeneous dgan keyboard...kejadah ape plak aku mengarut nii...huhu.tapi aku termasuk dalam golongan pertama tu..kelajuan aku menulis tu aku rase berapa kali lipat nak dibanding dengan laju aku tekan keyboard..
untuk pengetahuan sume.ni la bahana rabun IT..dulu kcik2 tak nak g klas komputer, besar2 menyusahkan diri...tep assgment pun lambat inikan coding nak buat programming tu....hah..intro terpanjang dalam hidup aku...




tadi bukak facebook ade org post kat wall aku tnye sal link blog..ermm.....aku law ade laptop sendiri hari2 aku update blog terchentaku ni kawan..tapi tu lar..duit xcukup ag+xde org nk sponsor+xberani mintak ngan mak+bukan masenye lagi aku ade laptop sendiri dan memusnahkan lagi cgpa aku dengan melempar waktu kat depan laptop......




ape eyk nak tulis...tajuk diberi:the thank.
pejam-pejam pastu celik nanti bangun2 da nak pergi exam final a.k.a PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER..gaya ala2 xpernah belajar menatang english la pulak....macam pertanyaan yg salu ade kat page facebook tu,what's on your mind?
lalu aku pun taip...waiting for another sweetbye..



[kisah aku dan ponteng]
[kisah aku dan  arab]
[kisah aku dan blog]
[kisah aku dan air mata progpamming]
[kisah aku dan tangisan chemistry]
[kisah aku dan eksperimen yg fail]
[kisah aku dan report]
[kisah aku dan kuiz]
[kisah aku dan syafawi]
[kisah aku dan khat]
[kisah aku dan blog]
[kisah aku dan the new one]
[kisah aku dan bfreind]
[kisah aku dan bio]
[kisah aku dan btn]
[kisah aku dan lain2..haha]





ok..enough said.
kat sini sekalung penghargaan ditujukan  buat:

husna[partner yg full of determination and comell][anak emas mdm ruzanna]
bibi[budak kelantan yg lemah-lembut dan sopan][nakal++]
emy[budak kecik yg slalu buzy][kaliber]
mingo[budak physic sc yg amek bio..haha][budak bijak klantan marii]
anis[chemist berjaya][anak perak sir kamar]
fizah[budak cantik dan][dalam senyap2 result lbey dari aku]
nazurah[programming in silence][nakal++]
aqella[haram dilupakan][sebab budak ni sangatla berhati perut][nakal=pow(nakal,infanity)]
ida[mak cik yg baik hati n..][kadang2 xberapa btol]
nasrulmubin a.k.a sabahbah[budak yg xpandai senyap selagi die tak taw menda tu][mencapap]
chai[budak sepet exSTAR yg entah...][xcakap sgt pun ngan aku]
yusrie[budak skola lame][ttibe bjak arab kat sini]
sorry..
tertinggal budak sorang ni...
amir fahmi[ntah..xcakap sgt ngan die][mengarut]





dan lain2 yg menjadi yg dekat crs die tertera group bagi chemy, math2, comp1 n 2 to 158..
and arab tertera grup 161....
dan kawan2 yang kenal aku sebagai azwa,fatin,love sufyateyn elazuarie,pensel2B.atau mungkin MC..
ampun maaf dipinta andai ade yg terguris..
ade yg terluka

ade yg terdarah

ade yg tersengaja

ade yg tertaksengaja

ade yg terase hati

ade yg ternyamuk hati

ade yg terlorek jiwa





maaf nehh....
sesungguhnye segala attitude error yg berlaku sepanjang sem 2 ni adalah disebabkan ketidaksempurnaan aku sebagai makhluk Allah yang Esa.....
selamat berjaya untuk exam that is around the roundabout...
may Allah bless u all....
janganla lupa ku plakk...

demikian ucapan penghargaan buat kawan2 terchenta...thanks 4 everything...ingat aku, ingat name aku ek... sir kamar pun da ingat name aku taw,,,haha.......
kenangan terus menambah senarai....bagai ade statement kenangan++ dalam setiap loop kehidupan kan...
namun nilai akhir kenangan tu masih xmampu didisplay....bukan kerana silap printf atau ketiadaan ampersand atau tertinggal semicolon atau tersilap ltak single code.....tapi sebab nilai kenangan itu sendiri yg memang undefined.....

me the writer want to make myself clear.
sweetbye.

Wednesday, January 26, 2011

..untitled:kamikaze..

dee....
baru habes mengharung suara madam ruzanna dan menyumbat store data dlam kpala aku dngan teory one dimensional-array dgan two dimensional array...ape perkakas tu wei...anggap je la nk bina bbrapa tmpat store element dalam coding...haha..punimm dah..kan33??...ingat, one dimensional tu ade row je meanwhile yg two-d array tu ade row and column..huhu...td belajar mcamane nk buat pengiraan matrices dalam programming..
hasilnya...aku rase macam nk ckap kt mak yg aku skarg da berpotensi untuk buat kalkulator sendiri....wahh..

yakin tahap orbital hybridization btol....

apekah yg menyerabutkan aku sekarang ni?nak aku bg list ke?
-pojep comp2
-next full-of-quizzes week
-this scared-by-btn weekend..
-uncountable-decker of tutorials
-coming soon final exam yg bergenre seram
-apekah lg?
-notis about the inter-sem vacation(kne bwak balik sume barang)
-and.....
-an annoying fun classmate..haha....



actually...aku rase sdang menunggu satu bangunan jatuh atas muka aku...dah taw bngunan nk jatuh, xrety2 jgak  nk bertindak...haisyy..teori ape tu?? cllision theory? edeal gas law? caramel's rule? ermm.... as usual, again, it's sufi law...haha xmalu buat law sendiri...yela dah taw byk kerja ni duk mengadap facebook jgak..kan? kan da terkena dahi sendiri...urmm.....pejam pastu celik, da nk final exam...hwaaaaaaaaaaaaaaa.....takuttt....ade sape2 bley jd aku punyer tutor ni..especially for chemistry...
dulu ade jgak amy..wanna...nak tnye wanna tkut plak die bz study... amy ade kat mesir... lame lg nk tggu aku smpai mesir tuu...

ruru...

hari ni serabut tahap berkecamuk...pg tadi nk print assignment xkwar piawai yg aku nak... pastu nyaris2 nk jd macam pribahasa kawan punye assignment aku skali dapat markah..wei marah cikgu bm aku bace pribahasa cetusan aku ni...gugu....nyaris2 nak hantar assgnment kwan aku and edit name je pastu antar kat madam td...
tapi semangat aku nk print sekali agi tgahari td mencapai tahap kamikaze apabila lunch pun aku skip..lpas berjaya print terus g klas chemy....mane nk ade org ag law tyme tu baru 15 minit sbelum start klas... blaja chemy berbekalkan zero pre-reading and zer0-energy value taken from lunch is equal to ketidakcukupan oksigen tahap petala kelapan...mula la terkial sana sini mintak air ngan org sblah...and sir tu pun xingat2 name aku..da nk abes sem ni sir....huhu....hati nyamuk da td...bak kata ben10 malaya, hati nyamuk tu mksud dye kcik ati...haha...actually xkesa sgt pun....susa ek name aku...

pensel2B want and have to make herself clear....
daa..
jersi malaysia comey kann?=)

Tuesday, January 25, 2011

...untitled:truly untitled....

huuu...
yesterday was heaven...ade rase terseludup dalam hati semalam....entah dari mane taw password nk masuk hati aku pun xtaw...wei ko pkai bahase ape ni...a.samad said bukan..mimie afinie pun bukan..ke ala2 pingu toha yg tulis 143 tu...bukan jugakk....
ni bahase love sufyateyn elazuarie ar..tuan punyer blog ni...semalam rase bahagia untuk beberapa saat lpas habis buat eksperimen terakhir untuk sem ni...aku rase bahagia tu akan lame sket lpas habis buat report for that eksperimen soon....xmacam eksperimen yg aku cter tyme first post hri tu...eksperimen ni..alhamdulillah...mane taknye slame ni sir kamar ariff pesan swoh buat first draf eksperimen punyer la liat nak buat...
ni sir xswoh pun aku buat..patut teratur dan berjalan mcm motor letak 18 botol minyak plincir smalam..anyway, thanks to the greatest...ermm 6ty mula lar serabut balik nk buat report...uisyy,,, seramm ala2 filem khurafat yg aku layan wif my beloved beautiful bestfriend hri tu..
today..
ade presentation arab...cuak tahap excitation state dah ni..malam td da elok2 susun dialog ngan ahli grup aku...secretary aku(shahidah) and three more..
wish me luck.
daa.

Sunday, January 23, 2011

..untitled:anticlockwise the moment....

ngilu dan pilu tahap outermost shell...

pensel2B da hbiskan satu lg novel hlovate hari ni...totally awesome... story of school time....
huhu..i really miss all those time....

2005...
dapat tawaran masuk sbp...uuu...feelingless..tawaran sekola agama pun ade....walhal da buat dh bju skola pesen kancing ujung lengan mase tu,,,hahakk...pensel2B bajet nk masuk skola agama kowt..kwang3x,,
tengok2 masuk sbp..lastly...it's a fate,right...wonderful fate... hari pertama berderai jugak..kena tinggal kat skola tu...takut takde org nk jd kwan kite...tu yg pensel2B paling takut....being alone...big fear...
misra...segala ape barang dh knal dalam skola tu...prangai org,ragam manusia,perihal hidup...ala gaya falsafah dalam hikayat ape ntah aku dgar..enough said...
2006...
tahun pi.si.aii.a camp of brainwashing...burpp..ape la...best,,taw byk bnda sal agama...bukannye senang org nk bg byk bnda sal agame kat kita kan...kan xde sekecil2 manusia yg xley bg nasihat..and xde sbesar2 manusia yg xbley dgar nasihat,,,kita kan manusia biasa....2006 best....azam mase tu nk kekal duk kelas al-ahzan....bukan ape...6ty mak interview knape trun klas...mau berkajang2 jawapan nk prepare point tu..aisyy....alah btol law bab2 tu....
2007..
sweet 15..pmr time...eheh...ingat lagi mak cium mcm xnk lpas sbb dpt straight a mase tu...makk..tu baru pmr...some said it was meaningless....tahun tu xde ape sgt nk cter...bese la klas...homework...teachers...and many more....disgusting useful things....=))...alhamdulillah......
2008...
honewdew year..cumeyy...introduced to my beloved list of brainbreaker stuffs...physics,addmaths,bio and the worst is..che_mistery...sowi teacher,,mmg ade badi ar subjek tu..gerun sampai skrang....da la msuk klas bio..haha..lagak mcm textbook-lover..haha...ape jadah nk ngadap biologos tu hari2...knape aku xamek lk ek..lukis2 jew...again..it's a fate...being a figure in the curie class tu...mcm2 hal jd tyme form 4 ni..aisyy....
tp best,,,ade budak mnangis sbb aku bwk lari die punye beloved selipar toilet..huhu..maaf teman..something evil came that time..love you anyways...ade satu mase tu mate berair kna usik tyme perjumpaan klas (kononnyer) on my burfday...kena simbah air entah brapa kilo sabun ntah....it's a hostel rule dear...
2009..
war.
SpM!!
tapi prangai tak brubah jugak...nyakatism tu tetap ade dlam jiwa...kerja bertimbun2..elok2 jawatan pulak ttibe jd byk pulak layak untuk aku tyme tu...buzy..tp mase for game ttap ade..berfoya2 entah ape2 jugak..
nk dekat2 spm tu kot baru rase "debor"...huhu..maksina kenervousan tyme nk masuk dewan bestari tu..tuhan je taw cuak tak cuak....and memories add their list almost averydays... i miss those stuffs..wanna,siti, mekyam,naza,tuan,chefatin,julia,....i miss u all.......and the rest was history..
2011..
being in uia pj doing my foundation in physical science...berbentokan rezult spm yg entahapantahapapa.....
huhu..mmg ade pnyesalan tahap ptale kelapan tyme knangkan result spm tu...law aku push sket ag..agaknye ade jugak pngalaman aku naik flight in my whole life....
but again...everything comes wiyh their own reasons....
and i learned billions of things here...
I owe Him to send me here.alhamdulillah...and 0509 es.em.es.di....!!!!! may God bless you all!!
daa.













Friday, January 21, 2011

fuu...

mencari sepi dalam senyap..
mencari riuh dalam hingar...
mencari benci dalam suka...
mencari cantik dalam jelita...
mencari satu dalam seribu...
mencari hina dalam mulia....


apa yg pensel2B jumpe??..
setiap insan itu lemah...
senyap pasti menghukum insan hingga menerbitkan sepi..
hingar datangnya memang dari bisaing..
dalam suka sukar untuk kita mencari bencii...
dalam seribu juga sukar untuk ditemui insan yg benar2  hamba Allah...
kerana majoriti insan tak punya nilai kehambaan
hingga tindakan sering melampaui batasan..
dan hina??....
memang sukar dikesan dalam kemuliaan..
tapi jgn pula disangka yg mulia itu semulia2 insan...
dan jgn pula sesekali menghina insan lain..
kerana setiap kelemahan dan kedaifan itu datangnya dari AllahuAkbar.....

in conclusion......
we're just created as one of the citizen of earth...
not the leader or the leaded...
Allah ask us to be a great citizen..
not a great destroyer...
in our way to reach the hereafter...
not just the hereafter..
but the REAL SUCCESS in HEREAFTER........




pensel2B has made herself clear....
daa..

Friday, January 14, 2011

..untitled3:battle of the me..

huhu....

pensel2B buat entry ni tyme lpas abes klas programming... tgh2 syok buat coding untuk calculate displacement black proton tu, ttibe anak panah yg bergerak2 kat monitor ni bertukar jadi jam pasir... paham2 lar... and kat title bar tu terpampang yg program is not responding...

arghh,,,ape punye naseblarr.. and hari pensel2B dah terABSENT kelas chemistry td.... kpale ni btol2 lupe yg hri ni ade replacement class...urmmm 6ty kna pinjam nota clazmate lar nk topup balikk... aisyhh kelas chemy pun bley lupe... klas programming elop plak ade ni...

my view about life that pensel 2B nk share today is about a word named as takabbur.. takabbur is a serious heart disease that can resulted to a destruction of community... ceh ayat dhla tak betul... ade hati nk muet...ape larr... avoid takabbur and..peace!!

daa..ade urgent.

..untitled2:..

pensel 2B pakai jubah hari ni...

sampai clazmate bg title sharifah....

isyy.....buat programming function and.... something called "BALA" came and.... program devc++ to jd not responding..Hang!!! burpp..pensel2B telan air liur jew bile pensel2B punye coding tu unsaved lg...


btol2 malang...

daaa.

Monday, January 10, 2011

..untitled1: FATE..

pergghh....

pensel2B da hampir2 putus fius.....king3...masuk lab dengan 64.2% confidence yg eksperimen keempat chemistry tu akan membuahkan result yg mempunyai minima percentage error....

eksperimen gas law...belajar pun belum ttibe nk buat eksperimen..APE CERR,, lalau pensel2B dgn partnernye yg setia...melangsungkan eksperimen tu,,chew.wark!!!.sebab kne maen aer panas...tup2 bley terlepas plak botol yg ade acetone tu dlm water bath...sorry classmate sbab pensel2B da buat korang terkejut td...mane taknye ble terlepas tu bunyik die mcm ade explosion of chemical substances...gua333...

handling the sensor was a little factor of a biig problem in this experiment...result yg pensel2B n partner dapat lari jauh dari rezult yg sepatutnye....apelagi...hati kecil pensel2B pun menjerit: TODAY'S EXPERIMENT=FAILED. burrpp...fail?? actually...not everything was resulted as fail today.. pensel 2B da blaja byk benda..cube byk benda...n the most important thing is...pensel2B learned to be a good partner today..there'se no point to punish other people when we realized that we did the same thing too,right??..

sejak biler eyk pensel2B da ade keyakinan biler masuk lab...haha...dulu tyme duk dungun science school, pensel2B selalu takut nk masuk lab...takut tersalah buat, and then kne marah... actually, my biggest fear is biler org tgk kiter kena marah,,,pensel2B kan pemalu...gua33....putus fiuss...

biler umur da nk masuk gandaan sepuluh yg kedua ni, mungkin pensel2B da makin matang..[ni law myBEstFriEnd bace mesti the first question yg terlintas dlm kpala otak die is: budak ni btol ke da matured??putus fiuss..n mungkin starter ilang... ]..haha...baru nak blajar second or maybe third chapter of life.....tunjuk ajarku sifu...

ape lgi der....urmm ahakz! the hottest news today[maybe] yg da mcm pisang goreng baru masak yg da hampir sold out kat kdai depan umah tok pensel2B tuu....tolong ingatkan aku by ana rafali da kalahkan the other 13 greatest and marvellous songs in malaysia last night... champion of the champions...huhu... tapi frankly, that song takde pun dlam list lagu yg akan menang[listed by me].. since it was not us that decide everything that will,was,and is happen, pensel2B stuju[46.8%] that she also deserved it...

and....congratulation to my superman for that fantastic performance last night...!..

pensel2B has made herself clear.daaa.