one more time I insert the theme of love in this post.
the flowering one.
the purple one.
beautiful.
tapak kaki aku pegun dengan keletihan yang masih berbaki.penat doe..
"kak, mak dah beli baju raya kak.Nanti seluar akak beli sendiri kat KL la ok sayang...."
"ok..mak."
"kak, nanti tolong beli baju adik sekali..nak jugak baju beli KL.."
"nak baju macamane?"
"well..you know me...."
[dialog di atas berlaku minggu lepas...time AG call mak...tu pun bahasa seratus peratus edit ok...takut korang tak faham bahasa Terengganu...lagipun AG punya bahasa Terengganu ekstrem..hanya manikam kenal jauhari..]
dan pagi tadi AG bertolak ke destinasi membeli baju raya utama kat bandaraya merangkap ibu negara Malaysia ni.
.Malaysia oh tanah airku....
huh.masuk mood kemerdekaan sikit....tunggu punya tunggu partner AG bersiap, akhirnya kitorang bertolak dari sini lebih kurang pukul 9.30 pagi..
.pandai pulak AG bersiap awal kalau nak pergi shopping ni...
kalau kelas 9.00 pagi hari Isnin tu, selagi tak rasa lewat selagi tu lah AG bertapa
kat atas katil terchenta tu...
aduh anak dara.....
destinasi pertama:mestilah stesen universiti...
kalau tak takkan nak terbang pergi masjid Jamek tu..
sampai masjid Jamek....
"Azwa, kita nak pergi mana dulu ni..."
"Jalan je la dulu Aiman..."
itulah AG
....tak pernah nak berlatih buat keputusan...
jalan sekangkang dua, masuklah kedai mamat sorang ni...
Aiman nak beli baju adik-adik dia....
diulang..adik-adik ye..kalau kes AG, bolehlah disebutkan adik...
awal-awal dah cakap, dia kena beli 8 baju hari ni..
dua pasang seorang...
dan AG yang adik seorang ni pun dah rasa ketar lutut mendengarnya...
tapi apa AG kesah, redah jela.....
nak beli baju kat adik-adik, kalau ajak AG beli baju kat cik abang sampai 8,
ha tunggulah AG bagi 8 das pelempang..
sudahnya hati sangkut kat baju kat kedai mamat tu.
Yela takkan nak sangkut kat mamat tu pulak..
dah kedai tu jual baju, bukan jual mamat tu....
hati Aiman yang sangkut,,bukan hati AG...
Hari ni AG nampak ada perbezaan yang nyata antara taste AG dengan Aiman..
"Aiman, yang ni tak berkenan ke?"
"Em..kain dia panas la Azwa.."
burp!nampak sangat ko maen redah yang cantik dan murah je bila membeli wahai anak Encik Ghazali ooiii.....
cantik jugak baju yang Aiman pilih...stylo..tapi still in Muslimah design...
baguslah tu..kalau AG baju design tu jadi pilihan bila nak masuk semester baru dekat UIA...yela dah baju-baju macam tu lah yang boleh mengeluarkan AG dari pagar UIA ni..
kat kedai tu dah melayang 70 ringgit,,
nasib bukan duit AG..tu pun dah lepas berlaku adegan tawar-menawar yang agak menarik bagi AG tadi...caya lah lu Aiman..dari 48 jadi 35 sehelai..amacam, korang ada ke bakat tawar-menawar sebegitu?
AG dah sah-sah lah takde...AG reti tawar hati bila dengar harga dia mahal je..=)...
next destination:masih di Jalan Tunku Abdul Rahman..menuju SOGO.
"Aiman, tengok situ kot ada je baju Muslimah.."
AG bertindak pantaslah..pantang nampak..sekilas baju muslimah tu kena air-cond, sudah AG tahu kewujudannya...amek kau!peribahasa buatan sendiri lagi...apa gila ke....
kitorang masuklah Pusat Pakaian Hari-hari tu....hah sesuai sangatlah cik kiah oi namanya tu...nasib baik tak jadi Pusat Pakaian Hari Raya terus...lagi spesifik dan mantop habis ler....
tilik situ tilik sana.....sudahnya, 5 baju Muslimah berjaya dipilih denagn jayanya di situ...tengah syok pegang baju untuk Aiman ni...
"Dik, ni free size ke ad size lain?"
haha..terima kasih la cik kak oii..tahu la aku ni tak comel macam artis..pakai pulak sling bag kecik ala-ala penjaga kedai gitu....kok ye pu..tengoklah aku tolong pegang baju-baju partner aku ni kak oiii....
"Em..nak try dulu ke baju tu dik?"
"Eh tak..baju ni adik dia punye.."
Sambil bibir Juihkan ke arah Aiman..
"Nak bakul ke?"
"boleh jugakk..."Aiman jawab..
Mak ai pakai bakul bagai shopping hari ni..biar benor cik Azwa Ghazali...
Ala AG tolong kawan AG shopping je mak...hahaha...
Ok..7 clothes are done..
"Aiman, ke mana pulak ni.."
"Nak beli hadiah Ustaz.."
"Oh..okey.."
tengok-tengok seluar jeans kat luar kedai pustaka mukmin tu..emm...mahal la derr...
sudah siap semuanya..
sudah selesai akhirnya..
actually AG penat nak cerita semua sekali...
AG dah beli baju untuk adik AG hari ni..muat kot..takpe adik AG model...muatla ape2 ponn...
dan pembaziran berlaku kat rantai dan reben yang kepit kat shawl tu....hehe
dan duit juga dikorbankan untuk 3 helai shawl yang chumell bangat hari ni...
huh,berjaya!
and AG nak introduce kat sini...
Aiman tu roomate AG..
aiman najwa bt mat azmi ok..
lagi 2 orang
fareha rahimi and
fatin aqilah abdullah...
tapi yang keluar hari ni AG ngan Aiman je...
ok la...
theme of love credited to all my roomatez...
[",]
smile from me...
AG.love.tettt..!