em...masih lagi dalam tema cinta.
terasa amatla malas nak study, nak bukak buku, nak pergi exam dan nak jawab paper last for this sem....
sebab ianya chemistry!!
untungla sesiapa yang ada perasaan cinta akan chemistry..
masa sekolah dulu lagi AG dah alah dengan chemistry ni..
kalau orang resdung alah ngan udang, AG yang ade jugak resdung ni alah pada chemistry.
kalau diikutkan dari kronologi akademik AG, masa mula2 TOV tyme form 4 tu okey agi, A ag,, xhairanlah sebab masa tu highest dalam kelas AG markah die 96%...tu betul-betul ada kasih dan sayang terhadap chemistry.lepas tu kalau ditilik daripada result untuk exam selepas dan selepas itu.....AG tak ragu-ragu mengatakan subjek yang menarikla sangat ni bagai menjadi gunting dalam lipatan serta musuh dalam selimut dalam kalangan subjek2 teras yang lain....aduh terskema pulak ayat..maaflah....terkena cahaya kebijaksanaan dalam subjek bahasa melayu sebentar.kalau korang sendiri tengok pun result AG, memang obvious AG deserved to be one of the chemistry haters. dan kesudahan yang betul-betul membuat AG terkilan adalah chemistry is one of the two distributers of B in my SPM result....
jadi untuk itu semua AG nak cakap yang AG benci sangat-sangat dengan chemistry....
semua orang cakap budak yang bijak chemistry adalah budak yang betul-betul bijak sebab mungkin sir AG pernah cakap yang chemistry ni satu cabang sains yang paling susah....
untungla.....bijak chemistry bolehlah ambik medic...
bijak chemistry bolehla amek pharmacy...
bijak chemistry bolehla amek critical courses kann...
untnglaa....
pagi tadi AG dah hantar borang pilihan aliran untuk degree kat main campus nanti....
options:
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY]
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]
die suruh AG susun taw in increasing order of our interest...
and borang AG susunan die macam ni...
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS] 1st choice
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE 2nd choice
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY] 3rd choice
dan AG amat pasti kalau option ni ada 7 8 mahupun 10,
yang paling bawah ikut susunan AG adalah menda yang sama..langsung tiada bedanya....
AG nak ucapkan selamat tinggal untuk chemistry terchenta..
lepas detik 5.30 petang tanggal 3/10/2011 ini...
AG tak nak jumpa kamu lagi...
dan AG harap tak akan....
dan jangan tiba-tiba sebut sesuatu berkaitan acid base, atau salt, atau terkeluar sesuatu yang bernama carbon compound mahupun aromatic compound yang berbau malang itu depan AG lagi...
mungkin sebab AG pernah terjatuh hati pandang pertama dengan chemistry dan AG nampak chemistry peluk orang lain depan AG..
manalah tahu kannn...patah hati tawww.....
SELAMAT TINGGAL CHEMISTRY.