Saturday, January 5, 2013

WOI KAU DUDUK PLANET MANA?

AG masih penghuni Bumi la.kenapa tanya, ye?
macam loading je saudari ni...
kenapa,ye?
betul ke baru nak post ni?
em, a'ah..kenapa,ye?
takde kalendar ke?
eh, kenapa,ye,tanya kalendar?
tarikh hari ni dah 5 haribulan.
a'ah betul la tu..
em, ikut ekau la.


malu ni nak cakap. aisy.malu ni.malu sungguh. jadi macam orang lampi pulak.lampi di sini bermaksud lambat pikap ye bagi yang belum meneroka dialek remaja semasa.orang dah berebut-berebut post menda ni 31 haribulan 12 hari tu dah mak cik senah oi...yang ekau ni merenung sawah ke apa lama sangat? ke kejar ayam? oh, kejar lembu? larat ke?

malu.tutup muka.jangan tengokk! ala janganlah..kan AG cakap jangann...

SELAMAT TAHUN BARU 2013.

bhahahahahahahahahahahahahahahahahahaha! baru nak buat post tahun baru?
ketinggalan zaman la jang!
apo kono eh?

hari ni baru rasa lapang sikit. ada lagi 2 paper tapi tu lah, bukan boleh kalau tak bukak rumah polka dot ni. meroyan,nanti kawan-kawan aku jugak yang susah.

cuba toleh ke belakang kejap. kejap je pun. ye, kejap je.

2012

THE WHOA.
-terharu ada orang celebrate birthday aku macam tu. dah lama. betul-betul majlis hari jadi masa aku 5 tahun dulu.gambar pun ada lagi, tapi terlalu cute untuk dipamerkan. ada kek, makanan, dan, hadiah. seriously touched la wei korang. THANKS a lot. tapi kejutan tu tak berapa jadi.haha. aku dah lama sangat tak sambut birthday macam tu. lama. dan aku sudah biasa. zaman fb, ada la yang wish kat wall. tapi, of course perasaan tu tak sama. malam tu aku nangis. felt lucky.



-habis first year degree. lambat la dari orang lain yang sama tua ngan aku,tapi takpelah. bukan AG belajar kimia pun nak nangis, ni MATEMATIK. seronok. lame2x pun takpe.lame tak jumpa jadi rindu. nanti asyik nak mintak kiss je. loklaq!



-orang yang kusayang-sayang,kini dah disambar orang. eh, macam pernah dengar, pernah dengar, eh pernahlah, eh eh eh eh, woi tak payah nak eh sangatlah tu lagu retro tu.rock jiwang yang terlebih pengoksidaannya. amboi, mentang-mentang sudah khatam exam paper BAHASA MELAYU KERJAYA, ekau pun hentam jelah buat ayat suka hati ye...... kadang-kadang sayang tu kalau dipendam lagi bagus. kalau dilepas, sakit hati, nanti bercampur benci, kan dah tak suci. tapi kalau dah tak pandai menipu tu pendam kat celah mana pun, cinta tu tak bisu jugak, nampak jelas je kalau kau tak luah.

                             

-apa lagi eh yang jadi 2012 ni? rewind balik rewind balik rewind balik rewind balik. kenangan tu makin hari makin banyak dan kadang-kadang terlalu indah untuk aku garapkan dengan aksara.



2013.

welcome. you'll be 21. twenty oneeeeeeeeeee!  mak, nak kawen. eh kauuu.... masak? 49.5/100
kemas rumah? 45.8/100 gosokbajucucilantaijagaanakmasakmasakmasakkawlemosiemosiemosikemasrumahkemasbilikkemastukemasnimasakkkkkk..................................patut berfikir semula.




makan je 101/100.

hari tu update kat fb, cakap azam tahun baru, nak cakap banyak sikit daripada orang lain.

ha nampak tak tu matlamat, nampak tak, hang beranak tang mana sampai tak nampak, hah?

budak kecik bertanduk dalam kepala aku ni cakap, hai saudari, betul ke nak cakap banyak tu, satgi azam orang lain yang sedia cakap banyak dari kau tu ialah, cakap lebih banyak pada tahun 2013. dan tuntasnya, kau yang paling senyap jugak.



ha, kau ada post tahun baru lambat macam siput sedut macam ni? kau ada?



tiru anwarhadi sekali, MAY PEACE BE UPON YOU!