kelam.
jika dosa semalam jadi pertaruhan, kenapa ada hari ini untuk suatu perubahan?
jika tingkah bila berseorangan jadi tatapan, kenapa harus ada canangan, bukan hemah dalam teguran?
jika benci bertunas membawa pertelingkahan, kenapa harus ada perantaraan, bukan bersemuka mencari penyelesaian?
masih kelam.
sungguh, aku sendiri dalam kebuntuan.
andai ikhlas dalam berteman, ingatkan aku, bukan mengaibkan hingga jatuhnya maruah seorang aku.
andai faedah dicari dalam persahabatan, pastikan tidak lumayan untuk diri semata, tapi keharmonian sejagat yang punya.
andai diri rasa penting, dahulukan diri tanpa meluka yang lain,
bukan memperguna yang lain bersama niat menaikkan kita.
memang semua bukan malaikat.
malah masakan ada malaikat dalam kalangan masyarakat setempat,
masih universal, khilaf itu milik semua, tak pilih syarat.
tunduk.
malu dengan silap yang disedar hanya bila diri diketuk.
bukan salah yang lain,
mungkin aku yang suka bermain,
serius pun tidak dalam reformasi meningkatkan yakin.
emosi lagaknya raja.
tapi dalam celik boleh juga jadi hamba.
andai pandai memanipulasi rasa.
masih mengulang rangkap,
menyatakan aku bukan malaikat,
cuma aku terasa,
terkilan yang bukan sedikit jumlahnya,
kerana aku anggap persahabatan itu penutup beza,
membawa satu ukuran lurus walau sisi tidak sama,
maafkan andai aku yang meluka.
aku tahu kita berkongsi elemen rasa,
bukan abnormal bagi manusia,
tapi perasaan itu masih punya tuan yang berlainan daya,
bukti aku juga berhak bersuara,
tika sabar itu mencapai klimaksnya.
sekali lagi, kerana kita manusia.
lemah segala.
#AZWA, cubalah memaafkan, sifat terpuji, pasti ganjaran menantimu di hadapan.