Monday, May 27, 2013

DALAM PANTANG TAPI NAK JUGAK

roti cicah teh o panas.
gardenia berkasih-kasihan dengan boh.
mengancam. solid. haha. AG hang pasai apaaaa?

dilanda kelaparan dan mencapai klimaks nafsu makan.

lalu dengan rajin merembat kettle letrik roomate yang sudah selamat melelapkan matanya yang ayu itu.

sebenarnya AG dalam pantang.

hari tu azam bukan meain kau jemahhh...

taknak tengok movie lagi selagi tak habis masa perang ni.

taknak menyibukkan diri dengan blog ni selagi tak habis perang ni.

taknak bermuka buku sangat kan.

apa lagi senah?

oh tak nak tidur banyak, kan?

anugerah pembuat azam paling debomm kaulah kan?














sudahnya, tidur banyak, fb lagi meriah, blog pulak makin gatal nak join segmen itu ini. waduh parah.

dalam pantang, tapi nak jugak. 
brangan nak dean's list. hoh sempat lagi?

oh, nak dean list kena langgar pantang ke apa?

okeh entry bengong.

meh nak tunjuk.
*SLIP FINAL EXAM.*









so?






hoh. merah mak ngah. takut aku.










omey tak?
tadi intai wall Mulawafashion.

cuci mata. heheh.

wish me luck ya? =)


Sunday, May 19, 2013

Special Giveaway by Syazlia & Diana



FD, nak MP3 dengan bawal tribal, boleh??? *wink-wink!

JOM JOIN, DUE 31/5

1st BIGGEST GIEAWAY BY OSM


mangsa tag: awak, awak, awak, dan awak



Mini GiveAway By Nabila Izzati


jom join!=)
saya tag awak, dan awak

Mega GiveAway By Adam Faiz


klik kalau nak join! =)
due:25/5

Duo Big Giveaway!


"Duo Big Giveaway!
Due Date 8 Jun 2012
Click Banner!

Big Thanks To :
Nabila Medan, Shafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique, Fizgraphic, Faizah Wahab, Norbai'ah, Addin Aisyah, Mahirah, Dyba, Salamah Qalish

Mei topap giveaways by Cik Yaya

jom join! =)


1st Double Giveaway by AinMfna


klik banner kalau nak join! =)

sorry admin, sy xde banner! 

Thursday, May 16, 2013

BILA RASA ITU JADI AKSARA

kelam.
jika dosa semalam jadi pertaruhan, kenapa ada hari ini untuk suatu perubahan?
jika tingkah bila berseorangan jadi tatapan, kenapa harus ada canangan, bukan hemah dalam teguran?
jika benci bertunas membawa pertelingkahan, kenapa harus ada perantaraan, bukan bersemuka mencari penyelesaian?

masih kelam.
sungguh, aku sendiri dalam kebuntuan.

andai ikhlas dalam berteman, ingatkan aku, bukan mengaibkan hingga jatuhnya maruah seorang aku.
andai faedah dicari dalam persahabatan, pastikan tidak lumayan untuk diri semata, tapi keharmonian sejagat yang punya.

andai diri rasa penting, dahulukan diri tanpa meluka yang lain,
bukan memperguna yang lain bersama niat menaikkan kita.

memang semua bukan malaikat.
malah masakan ada malaikat dalam kalangan masyarakat setempat,
masih universal, khilaf itu milik semua, tak pilih syarat.

tunduk.
malu dengan silap yang disedar hanya bila diri diketuk.

bukan salah yang lain,
mungkin aku yang suka bermain,
serius pun tidak dalam reformasi meningkatkan yakin.

emosi lagaknya raja.
tapi dalam celik boleh juga jadi hamba.
andai pandai memanipulasi rasa.


masih mengulang rangkap,
menyatakan aku bukan malaikat,
cuma aku terasa,
terkilan yang bukan sedikit jumlahnya,
kerana aku anggap persahabatan itu penutup beza,
membawa satu ukuran lurus walau sisi tidak sama,
maafkan andai aku yang meluka.

aku tahu kita berkongsi elemen rasa,
bukan abnormal bagi manusia,
tapi perasaan itu masih punya tuan yang berlainan daya,
bukti aku juga berhak bersuara,

tika sabar itu mencapai klimaksnya.

sekali lagi, kerana kita manusia.
lemah segala.







                        #AZWA, cubalah memaafkan, sifat terpuji, pasti ganjaran menantimu di hadapan.

Sunday, May 12, 2013

ENTRY HARI MAK

AG panggil mak, so jadi entry HARI MAK la. tu pun versi KL, versi tranung, entry HARI MOK. nampak tak comel di situ.


pagi itu masih kaku. menunggu hujan berhenti daripada mengalun lagu. aku lihat tubuh itu. masih tidak reti duduk seperti aku. masih mencari besen buat tadahan air yang menitik laju. lagak air paip, tapi kecil lagi isipadu. atap bocor lagi. entah untuk keberapa kali. 

mak, duduklah.kak takut dengar kilat.
nantilah, ni air banyak ni. nanti kak jalan licin, jatuh nanti susah. 
makkk....

tengahari itu baru muncul mentari. selepas dingin menghukum seluruh pagi. syukur lagi.
bau wangi. perut berbunyi persis ingin aku menari. kosong dari tadi.

mak, kenapa tak kejut cakap nak masakk...
kak kan tak tidur malam tadi, takut kilat..mak kesian nak kejut awal-awal...

emm..nasi lemak sardin. makkk...

aku tahu nasi itu tak sama rupa dengan yang RM9.50 sepinggan,
tapi itu nasi lemak hasil nilai keibuan.
yang pasti tiada tandingan.

petang itu makhluk beroda dua kubawa. bising enjinnya. memang tak sebesar kereta, tapi cukuplah, sebab yang bisa bawa, aku cuma. mak begitulah, masih takut untuk mencuba.

kak, beli pisang goreng ya, mak nak makan.

sampai di rumah, mak makan tiga. 
kak makanlah, mak selalu dah makan...
makkk...


sederhana. di tengah-tengah saja. tiada kanan kiri, sama saja timbangan kasih sayangnya.
marahnya penuh kasih, 
tabahnya bersama hati yang bersih.

mak, kak sayang mak. ;)

selamat hari ibu!
kakak

#nangis la  tu! namanya kakak, tapi manja jugak! 


SEMINAR KE-MAK-DAN-AYAHAN

AG hadirkan diri ke seminar FAMILY MANAGEMENT AND PARENTING pagi tadi. 
dah namanya wajib. AG tak serajin itu kalau kata sunat.


"lebih baik memilih seorang lelaki yang baik akhlaknya tanpa ilmu agama yang tinggi, berbanding lelaki yang buruk akhlaknya tetapi tinggi ilmu agama...."


AG termenung jugak mula-mula dengar ustaz cakap benda ni.

bila dengar rasionalnya, angguk jua.

alasannya, pembentukan akhlak itu jauh lebih sukar daripada penerapan ilmu agama.

okey then.

slot dari pukul 9pagi sampai 1tengahari.

SEPATUTNYA START 8.30 KOT.

biasalah, mathematician sejati tak pandai ikut bila orang lain aturkan hidup untuk diri sendiri.

degil.

dan ada aktiviti tambahan juga.

aktiviti apa?









oh, iklan colgate, darlie, clean n clear, pashmina, bawal, malah iklan spek pun ada.

takde kerja sungguh.

 mathematician berseminar parenting.