Sunday, May 12, 2013

ENTRY HARI MAK

AG panggil mak, so jadi entry HARI MAK la. tu pun versi KL, versi tranung, entry HARI MOK. nampak tak comel di situ.


pagi itu masih kaku. menunggu hujan berhenti daripada mengalun lagu. aku lihat tubuh itu. masih tidak reti duduk seperti aku. masih mencari besen buat tadahan air yang menitik laju. lagak air paip, tapi kecil lagi isipadu. atap bocor lagi. entah untuk keberapa kali. 

mak, duduklah.kak takut dengar kilat.
nantilah, ni air banyak ni. nanti kak jalan licin, jatuh nanti susah. 
makkk....

tengahari itu baru muncul mentari. selepas dingin menghukum seluruh pagi. syukur lagi.
bau wangi. perut berbunyi persis ingin aku menari. kosong dari tadi.

mak, kenapa tak kejut cakap nak masakk...
kak kan tak tidur malam tadi, takut kilat..mak kesian nak kejut awal-awal...

emm..nasi lemak sardin. makkk...

aku tahu nasi itu tak sama rupa dengan yang RM9.50 sepinggan,
tapi itu nasi lemak hasil nilai keibuan.
yang pasti tiada tandingan.

petang itu makhluk beroda dua kubawa. bising enjinnya. memang tak sebesar kereta, tapi cukuplah, sebab yang bisa bawa, aku cuma. mak begitulah, masih takut untuk mencuba.

kak, beli pisang goreng ya, mak nak makan.

sampai di rumah, mak makan tiga. 
kak makanlah, mak selalu dah makan...
makkk...


sederhana. di tengah-tengah saja. tiada kanan kiri, sama saja timbangan kasih sayangnya.
marahnya penuh kasih, 
tabahnya bersama hati yang bersih.

mak, kak sayang mak. ;)

selamat hari ibu!
kakak

#nangis la  tu! namanya kakak, tapi manja jugak! 


4 comments:

Cik Nor said...

selamat hari ibu..:)

Unknown said...

selamat hari mak :)

AIN sheda said...

happy 'mak' day :)

Unknown said...

Selamat Hari ibu :)

http://fizasaiza.blogspot.com/