Thursday, February 21, 2013

oh macam tu!

teh o plus biskut marie.

orang bilik aku tanya, minat biskut marie ke? sedap? kalau dimakan begitu saja, memang tak detect sangat kelazatan dia, tapi kalau da cecah teh o tu haaa.... memang tak cukup 5. heh melampau.








dengan syarat teh o tu ko buat sedap-sedap, jangan manis sampai mengundang penyakit-penyakit yang tak patut diundang pulak. resepi teh o sedap? oh mestilah ikut suka nak letak banyak mana gula sebab penyakit tu kau yang rasa, dan yang nak hirup nanti, takdenye orang lain, ekau jua




kadang-kadang yang tak sempurna perlukan sesuatu untuk melengkapinya, biar jutaan berkata biarlah sederhana tanpa sempurna, langkah ke arah kesempurnaan tetap suatu usaha. jangan bila lemah kita biar sampai rebah dan tak tunggu sakit tu kebah, tapi carilah sesuatu yang mampu buat kita terus melangkah. tak kiralah yang ekau jumpa tu seekor lebah yang nampaknya tak kenal lelah, atau seorang banduan yang dugaannya tak sudah walaupun telah berubah, atau seorang alim yang tak jemu menabur dakwah. alam tak pernah berhenti memberi inspirasi. nak kita berfikir, dan akhirnya menyedari, yang paling malang itu bukan kita yang gagal setelah penat berusaha, tapi dia yang pegun dirinya tanpa pernah mencuba.

macam teh o dengan biskut marie. rasa bersatu barulah sempurna.=)
macam roti dengan jem.rasa sebati barulah sehati.=)




jangan melihat kemampuan orang lain itu sekecil-kecil kelebihan, tapi sentiasa ingat yang apa yang kita mampu lakukan hari ini adalah sekecil-kecil kuasa berbanding kuasa Tuhan. jangan cepat menilai orang, sebab biskut marie pun tak tahu teh o tu pelengkap dirinya yang terbaik.saya tak bercakap tentang jodoh. ini universal. kadang-kadang unexpected person comes when we are in need. masa tu barulah nak bercambah rasa bersalah la, segan la, boleh bla.memang ada insan yang melakukan kesilapan berulang tapi situasinya tetap bukan kita pemilik hak memberi hukuman. tiada yang lain melainkan Allah.





ada orang ingatkan aku pasal kek batik pulak bila sebut biskut marie. oh perut!



sepotong kata hasil inspirasi biskut marie. 

1 comment:

Unknown said...

hehe biskut marie sedap buat kek batik ! :D