Monday, December 24, 2012

PUTUS FIUS

KEPALA AG SAKIT SANGAT-SANGAT!!!!
  

sebenarnya tengah buat calculus.

integration+secxtanx+du dx la bagaii.... 
thomas calculus ni ada 988msurat sumenye..
memangla xsemua belaja
tapi tengok buku teks yang tebal ni pun dah psycho kottt! 
tu naseb baik AG tak ambik bio.

terang tang tang kepala tengah sakit pun gedik nak update blog.

kehidupan ini mungkin kadang-kadang bisu. Tapi pasti wujud insan genius yang memahami mesejnya.
kehidupan ini juga kadang-kadang memekakkan telinga tentang perihal manusia leka yang tak pernah puas dengan dunia. cintailah yang Maha Hidup.

manusia itu pelbagai.
sangat pelbagai.
unik, tentunya istimewa.
satu demi satu ragamnya tak pernah serentak, sama pada tika atau masa
tetap dengan uniknya

kadang-kadang kita geram dengan manusia yang sebenarnya kita sendiri tak bertemu sebab mengapa dan kenapa dia harus dibenci sedimikian rupa. Dan pada satu saat, dia jugalah yang ada saat waktu mendesak. Waktu itu awkward. Harus untuk satu terima kasihkah? Atau membisu cuma untuk suatu jasa. Suatu jasa. Muhasabahlah. Sebab apa harus ada benci, sedangkan kasih sayang itu lebih indah? Kenapa harus ada fokus bercerita sedangkan menasihati itu lebih barakah? Aku juga insan biasa. Kesilapannya kadang-kadang paling payah untuk kulupa jika dibanding dengan jasa.Betul, kan? Kesilapannya seolah-olah satu penghadang untuk aku bertemu titik positif tentang seseorang. Mengapa terlalu payah untuk memaafkan. Tapi wajarkah maaf untuk perkara yang berulang, sayang. Seorang ibu mungkin mampu. Mengapa tidak kita. Tapi kesilapannya benar-benar melukakan. Anggaplah itu sifat sebagai seorang manusia, sayangku. Tapi....


aku masih sukar untuk memaafkan. Mungkin lagakku menyambut, tapi sejujurnya aku tak mahu dia datang
dalam hari-hariku lagi. Ya, aku hipokrit! Hatinya tetap mahu aku jaga. Mungkin benci itu berasal daripada sayang yang maksima. Dia mungkin pernah berkongsi hari-hari indah denganku dulu. Mungkin sahabat, teman seperjuangan, atau cahaya persahabatan yang aku anggap terlau indah dulu.Hanya terkilan dengan apa yang berlaku. Terkilan yang lebih banyak daripada sedikit.

Mengapa terlalu awal untuk menghukum? Mengapa aku tidak nampak akan satu puncak perubahan?

Kerana lukanya terlalu dalam sayang.

Tidak boleh tidak, semua itu malah makin segar dalam ingatan.

Bukan mencanang perihal cinta terputus di tengah jalan, tapi umumnya bagi suatu hubungan yang terdiri daripada ahlinya yang lebih daripada seorang.

                                     Jahat dibalas jahat. Baik dibalas baik. Itu karma. 


Ketidaksedaran akan wujudnya saat aku berbuat jahat pada seseorang. Hanyut dalam kejayaan, mungkin.


Aku insan tak sempurna. Maafkan aku dan aku maafkan semua, tapi melupakan itu amat payah untuk aku langsaikan. Terima kasih, kawan. Kesetiaanmu buat aku terharu. 



FOREVER FRIENDS.LOL.   


wahhau!
AG masuk gear matang malam ni, ke dah putus fius?
missing someone, but realizing he/she might not need me right now, my tears just coming out. more.


missing you already. poor me.

less is more. I loved you less maybe, but I know, now I'm missing you more. You or you, it's the same.


woi! jiwang ngat aihhh...
dah, buku calculus tunggu!

wacau, cau cincau!

#missyou.

No comments: