Wednesday, April 11, 2012

aku perindu setiamu!!

still in the theme of chenta..

tengah merodok-rodok kepala otak aku ni dengan aksara-aksara daripada Fauziah Ashari, Setia Menanti.. novel lagi...seronok jugak sekali-sekala menerawang jauh memakai kasut yang watak utama dalam novel ni pakai..membayangkan aku jadi Adrina Adam tu..dan inche Akid Ajmal tu sebenarnya KAKAsih aku.. hah....banyakla ekau punya KAKAsih ye cik Azwa Ghazali... baru je pinjam novel ni ngan pijah... ingatkan nak produce jugak sebuah novel sendiri..tapi tu lah..mana nak ditinggalnya my beloved NUMBER THEORY tu..mana nak diselitnya CALCULUS merangkap my cheesy boyfriend tuh... mana pulak nak diletak ANALYTIC GEOMETRY yang aku tak suka tuu...huk3...


mukaddimah yang agak panjang sebenarnya.. hasrat hati ingin menulis sesuatu untuk teman-teman yang udah lama gue enggak jumpa...mesti korang pun tengah rindukan aku kan,?heheh.... aku tahu tu semua..aku tahu... kebetulan pulak aku tengah diserang hantu A.Samad Said sekarang... aku pun rindu nak menulis...tapi bidang sastera menyimpang jauh daripada Bachelor of Mathematical Science yang aku tengah struggle skarang..hek'eleh struggle apebendanya cik Azwa oi kalau berkawan kamceng lagi dengan novel, tak sanggup berpisah dengan mamat yang namanya EARPHONE tu... rasanya dari dulu lagi, kalau dikumpul-kumpul, memory card yang aku selit dalam kepala ni dah mencecah berapa angka muatannya, unfortunately with all the same  kind of stuffs, song then song, and then song again.... dalam bahasa mudahnya, lirik lagu penuh dalam kepala, tapi kalau tanya formula belum pasti ingat semua, apatah lagi surah-surah, jauh sekali hadis.... maaflah ahli BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN..aku bukan protege yang baik..maafkan aku!...=)...


okeh2x... berbalik kepada topik utama, something for my old friends... really old, right,? masing-masing dah 20 tahun...dua dah amek tempat 1 kat depan tu...mungkin ramai yang anggap 20 tu usia kematangan kita, tapi hari tu, aku nak bold yang ini first tyme, aku dengar firasat ni,

"20 tu just notation je...25 pun notation...nothing to deal with you're old or still young..."

dan daripada ungkapan itu, aku summarykan yang aku takkan pernah anggap aku ni dah tua..! tak-tak..aku gurau je...
actually macam ni, 20 tu notation yang mathematician terdahulu wujudkan selepas mendapati ia juga hasil tambah 1+19, dan 19 juga notation selepas ianya hasil tambah 1+18, begitu juga 18 dan seterusnya kerana pada asalnya, 1 sahaja yang digunakan untuk membilang..

untuk mengaburi yang 20 tu lambang tuanya kita, anggap sahaja ia sebagai notation, tapi sebenarnya 20 tu jugak jumlah yang kita dapat selepas hasil tambah setahun+ setahun dan setahun dan seterusnya  kita berada di muka bumi ini.dan sejauh mana pemikiran kita terkesan atau mungkin mengesan segala apa yang terjadi di sekeliling kita, mungkin impaknya positif, mungkin juga negatif...


so kawan-kawan....THIS IS FOR YOU!




      unggas itu sendiri
seolah satu sinambungan kisah
mungkin sadis
tragis
atau mungkin lambang pesona girang


kualih mata ini
dahan itu rapuh
menginjak usia
tua
ku tunduk
meratah hijau bumi
memori itu unggul
seunggul mentari pagi
memori itu gah
segah Gunung Fuji

jernih mutiara mata ini
mungkin tak sejernih lipatan memori
terasa baru semalam segalanya
terasa baru monolog itu bermula
terasa baru kelmarin itu menjelma
itu kenangan

selalu menggamit rindu daripada aku
tentulah seorang pengenang bisu
maafkan aku atas sengketa
maafkan aku atas semua

hidup itu figura
rasa cinta
terlalu abstrak untuk kukonkrit
terlalu halus untuk kugasak
terlalu asyik untuk kudendang

tapi hidup denganmu juga figura
rasa remaja
ingin kuluah rasa bangga
ingin kubentang rasa lega
kerana saat aku termenung begini
aku tahu seorang bukan aku
tapi kita bersama
tetap bersama

figura kedua itu membentak jua
ikatan kita yang meraung minta dikekal
tak mungkin aku putuskan lagi
tidak akan


buat kamu
teman waktu air mata meronta menunjuk-nunjuk kuasa
kawan waktu ketawa ini melangkau batas seorang dara
sahabat waktu susah itu mengaburi hikmahnya...


aku sayang kamu.

selamanya.


                                                                                       ~noor fatin azwa ghazali~
                                                                                         perindu setia kamu!


em..maafkan azwa kalau karya ni tak sedap sangat,...mungkin sudah kurang bisanya as it's been too long dealing with numbers, not the essays and sentences.... 
harap massage delivered, i miss you!                            


    

2 comments:

Amantu Billah said...

azwa..
rindu nk kembali bersama sperti dulu..
rindu utk gelak tawa bersama..
rindu utk menanges bersama..
saat itu kita rasa dunia ibarat kita yg punya..
kita sentiasa gmbira mniti zaman remaja bsama..
tpi skrg kita mulai sedar khilaf diri masing2..
maaf utk segalanya..
terlalu banyak khilaf diri ini padamu..
tpi hati ini tetap sayang dan akan selamanya sayang kamu,teman :)

Azwa Ghazali said...

love you too..hehe...