Monday, October 3, 2011

~biru persahabatan:mendamaikan~

terasa sekejap je AG duk kat CFSIIUM ni....
AG tak nak tulis banyak just nak dedicate something untuk roomate2 terchenta......


FIKSYEN BAYANG-BAYANG
mentari terik
aku berjalan lagi...
ku lihat masih ada dia....
pergilah...
untuk apa kau denganku..
aku masih mahu berjalan....
ahh...
sakit...
darah itu bagai mengejek satu keangkuhan
entah mengapa aku rasa begitu
aku bangun..
tapi dia masih ada,,
masih lagi di situ..
aku cuba bicara..
aku cuba menyapa...
namun ku masih tidak menangkap sebarang frasa..
daripada dia..
mengapa ya dia masih di situ...
itu dialog manusia.


aku bayang-bayang
selalu aku dengan dia
aku lihat waktu rebahnya
aku lihat waktu bangunnya
aku lihat waktu dukanya
aku lihat waktu bahagianya

tapi
aku tahu
hatinya masih lagi bertanya
mengapa aku masih dengannya


sebab aku temanmu.

aku jawab tanpa suara
moga dia sedar aku sahabatnya.



                                                                                         contengan:azwa ghazali
                                                                                                             23:22/031011
                                                                                                         buat teman.

p/s:terima kasih sebab tahan dengan AG ye!!=)


Saturday, October 1, 2011

my favourite subject ever!! ~chemistry~

em...masih lagi dalam tema cinta.


terasa amatla malas nak study, nak bukak buku, nak pergi exam dan nak jawab paper last for this sem....
sebab ianya chemistry!!
untungla sesiapa yang ada perasaan cinta akan chemistry..
masa sekolah dulu lagi AG dah alah dengan chemistry ni..
kalau orang resdung alah ngan udang, AG yang ade jugak resdung ni alah pada chemistry.
kalau diikutkan dari kronologi akademik AG, masa mula2 TOV tyme form 4 tu okey agi, A ag,, xhairanlah sebab masa tu highest dalam kelas AG markah die 96%...tu betul-betul ada kasih dan sayang terhadap chemistry.lepas tu kalau ditilik daripada result untuk exam selepas dan selepas itu.....AG tak ragu-ragu mengatakan subjek yang menarikla sangat ni bagai menjadi gunting dalam lipatan serta musuh dalam selimut dalam kalangan subjek2 teras yang lain....aduh terskema pulak ayat..maaflah....terkena cahaya kebijaksanaan dalam subjek bahasa melayu sebentar.kalau korang sendiri tengok pun result AG, memang obvious AG deserved to be one of the chemistry haters. dan kesudahan yang betul-betul membuat AG terkilan adalah chemistry is one of the two distributers of B in my SPM result....
jadi untuk itu semua AG nak cakap yang AG benci sangat-sangat dengan chemistry....
semua orang cakap budak yang bijak chemistry adalah budak yang betul-betul bijak sebab mungkin sir AG pernah cakap yang chemistry ni satu cabang sains yang paling susah....
untungla.....bijak chemistry bolehlah ambik medic...
bijak chemistry bolehla amek pharmacy...
bijak chemistry bolehla amek critical courses kann...
untnglaa....


pagi tadi AG dah hantar borang pilihan aliran untuk degree kat main campus nanti....
options:
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY]
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]
die suruh AG susun taw in increasing order of our interest...

and borang AG susunan die macam ni...
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]       1st choice
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE  2nd choice
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY] 3rd choice

dan AG amat pasti kalau option ni ada 7 8 mahupun 10,
yang paling bawah ikut susunan AG adalah menda yang sama..langsung tiada bedanya....

AG nak ucapkan selamat tinggal untuk chemistry terchenta..
lepas detik 5.30 petang tanggal 3/10/2011 ini...
AG tak nak jumpa kamu lagi...
dan AG harap tak akan....

dan jangan tiba-tiba sebut sesuatu berkaitan acid base, atau salt, atau terkeluar sesuatu yang bernama carbon compound mahupun aromatic compound  yang berbau malang itu depan AG lagi...
mungkin sebab AG pernah terjatuh hati pandang pertama dengan chemistry dan AG nampak chemistry peluk orang lain depan AG..
manalah tahu kannn...patah hati tawww.....



SELAMAT TINGGAL CHEMISTRY.