Thursday, May 16, 2013

BILA RASA ITU JADI AKSARA

kelam.
jika dosa semalam jadi pertaruhan, kenapa ada hari ini untuk suatu perubahan?
jika tingkah bila berseorangan jadi tatapan, kenapa harus ada canangan, bukan hemah dalam teguran?
jika benci bertunas membawa pertelingkahan, kenapa harus ada perantaraan, bukan bersemuka mencari penyelesaian?

masih kelam.
sungguh, aku sendiri dalam kebuntuan.

andai ikhlas dalam berteman, ingatkan aku, bukan mengaibkan hingga jatuhnya maruah seorang aku.
andai faedah dicari dalam persahabatan, pastikan tidak lumayan untuk diri semata, tapi keharmonian sejagat yang punya.

andai diri rasa penting, dahulukan diri tanpa meluka yang lain,
bukan memperguna yang lain bersama niat menaikkan kita.

memang semua bukan malaikat.
malah masakan ada malaikat dalam kalangan masyarakat setempat,
masih universal, khilaf itu milik semua, tak pilih syarat.

tunduk.
malu dengan silap yang disedar hanya bila diri diketuk.

bukan salah yang lain,
mungkin aku yang suka bermain,
serius pun tidak dalam reformasi meningkatkan yakin.

emosi lagaknya raja.
tapi dalam celik boleh juga jadi hamba.
andai pandai memanipulasi rasa.


masih mengulang rangkap,
menyatakan aku bukan malaikat,
cuma aku terasa,
terkilan yang bukan sedikit jumlahnya,
kerana aku anggap persahabatan itu penutup beza,
membawa satu ukuran lurus walau sisi tidak sama,
maafkan andai aku yang meluka.

aku tahu kita berkongsi elemen rasa,
bukan abnormal bagi manusia,
tapi perasaan itu masih punya tuan yang berlainan daya,
bukti aku juga berhak bersuara,

tika sabar itu mencapai klimaksnya.

sekali lagi, kerana kita manusia.
lemah segala.







                        #AZWA, cubalah memaafkan, sifat terpuji, pasti ganjaran menantimu di hadapan.

Sunday, May 12, 2013

ENTRY HARI MAK

AG panggil mak, so jadi entry HARI MAK la. tu pun versi KL, versi tranung, entry HARI MOK. nampak tak comel di situ.


pagi itu masih kaku. menunggu hujan berhenti daripada mengalun lagu. aku lihat tubuh itu. masih tidak reti duduk seperti aku. masih mencari besen buat tadahan air yang menitik laju. lagak air paip, tapi kecil lagi isipadu. atap bocor lagi. entah untuk keberapa kali. 

mak, duduklah.kak takut dengar kilat.
nantilah, ni air banyak ni. nanti kak jalan licin, jatuh nanti susah. 
makkk....

tengahari itu baru muncul mentari. selepas dingin menghukum seluruh pagi. syukur lagi.
bau wangi. perut berbunyi persis ingin aku menari. kosong dari tadi.

mak, kenapa tak kejut cakap nak masakk...
kak kan tak tidur malam tadi, takut kilat..mak kesian nak kejut awal-awal...

emm..nasi lemak sardin. makkk...

aku tahu nasi itu tak sama rupa dengan yang RM9.50 sepinggan,
tapi itu nasi lemak hasil nilai keibuan.
yang pasti tiada tandingan.

petang itu makhluk beroda dua kubawa. bising enjinnya. memang tak sebesar kereta, tapi cukuplah, sebab yang bisa bawa, aku cuma. mak begitulah, masih takut untuk mencuba.

kak, beli pisang goreng ya, mak nak makan.

sampai di rumah, mak makan tiga. 
kak makanlah, mak selalu dah makan...
makkk...


sederhana. di tengah-tengah saja. tiada kanan kiri, sama saja timbangan kasih sayangnya.
marahnya penuh kasih, 
tabahnya bersama hati yang bersih.

mak, kak sayang mak. ;)

selamat hari ibu!
kakak

#nangis la  tu! namanya kakak, tapi manja jugak! 


SEMINAR KE-MAK-DAN-AYAHAN

AG hadirkan diri ke seminar FAMILY MANAGEMENT AND PARENTING pagi tadi. 
dah namanya wajib. AG tak serajin itu kalau kata sunat.


"lebih baik memilih seorang lelaki yang baik akhlaknya tanpa ilmu agama yang tinggi, berbanding lelaki yang buruk akhlaknya tetapi tinggi ilmu agama...."


AG termenung jugak mula-mula dengar ustaz cakap benda ni.

bila dengar rasionalnya, angguk jua.

alasannya, pembentukan akhlak itu jauh lebih sukar daripada penerapan ilmu agama.

okey then.

slot dari pukul 9pagi sampai 1tengahari.

SEPATUTNYA START 8.30 KOT.

biasalah, mathematician sejati tak pandai ikut bila orang lain aturkan hidup untuk diri sendiri.

degil.

dan ada aktiviti tambahan juga.

aktiviti apa?









oh, iklan colgate, darlie, clean n clear, pashmina, bawal, malah iklan spek pun ada.

takde kerja sungguh.

 mathematician berseminar parenting. 


Tuesday, April 30, 2013

Pilih, Klik dan Menang (1st Giveaway by Mahirah Muhamad)


nak join, klik banner !

pilih hadiah ni, 
section A: bookmark felt
section B: skirt mermaid

=)

GEMPAK GIVEAWAY BY AFIE





Hadiah-hadiah untuk peserta
Buttong Badge x5 | Felt hp case x2 | Keychain Felt Craft x7 | Bookmark x1 (mungkin akan ditambah kak shida) | Soft Toy x1 | Pakaian wanita x1 | Tony Moly x1 | J&J Losyen x1 | Elianto BB Cream x1 | Brooch Ribbon x5 | Dress x2 | Inner Neck x2 | Keronsang x2 | Blouse x1 | Blouse peplum tribal x1 | Topup rm10 x2 | Topup rm5 x12 | Miniture Pesawat x2 | Gelang x2

Due Date bakal ditentukan nanti *mengikut naluri Afie.. Kih3..

Pemenang dipilih dari :
1. Top referrel dapat 2 hadiah
2. Cabutan Tangan

SENYUMLAH WAHAI HATI

SENYUMLAH WAHAI HATI-300413/15:38

sangkar ini menakutkan
hingga aku menggigil
menyaksi sebuah kesedihan
tapi dilayan dengan kemegahan
suatu kekejaman

sarang ini menjijikkan
hingga tidak sanggup bertahan
melihat maruah diperdagangkan
lagak besi dan pameran jalanan
suatu kelemahan

kadang-kadang yang bisu itu berahsia ribuan
tapi tetap bukan kita punya hak perhitungan
senyap, dalam dilema tugas mana satu hendak didahulukan

saat mata basah lagi
entah untuk yang keberapa kali
hati menasihati
engkau mampu untuk cubaan ini
pasti.

kerana itu janji YANG HAKIKI.


saat jiwa di hujung rapuh
mencari arah berteduh
mengelak hinaan dan kejian yang kian melabuh
kaki tetap bertahan dari rebah, terjatuh.
takut yang jadi saksi kata aku tak ampuh.

air mata mungkin sudah penat
mengiring perjalanan drama sejenak
sendat ketat dibalut peristiwa yang menguji benak
berfikir hingga akhirnya tersentak
bila bertemu hakikat
bahawa manusia tetap bukan malaikat


yang berceloreng indah itu mungkin kekayaan
selalu menguji iman saat wang tidak meneman
yang berkerusi empuk itu mungkin kesenangan
selalu melahir titik cemburu saat terasa diri tidak layak dibandingkan


senyumlah wahai hati
kuatlah wahai diri
yakinlah yang terbaik akan tiba nanti.

done with those feeling, -AG.

Monday, April 29, 2013

TIME TO SAY THANK YOU =)

okey AG nak merepek sikit hari nii...

dah buat entry GA and segmen je, terasa nak buat entry penghargaan pulak.

1. Terima kasih buat sis Nabihah Ahmad, empunya segmen ni, 
 FIRST GIVEAWAY BY NABIHAH AHMAD

AG menang nose pore strip, sponsored by sis ARYA ADDIN klik la nak blogwalking.... thanx sis!

2. Terima kasih buat BUDAK VANILLA sebab buatkan header yang awesome kat atas! thanx sgt2x taw!
 boleh pm dia kalau nak tempah header! klik je nama die tu, link fb die okey =)

3. Terima kasih buat WANE, sebab bagi peluang AG jadi sponsor segmen dia niiii------->sini, due 4/5 ni, join kalau tak join lagi taw! follower pun dah bertambah and segmen tu nampak boleh tahan jugak sambutannya =).thanx!

4. Terima kasih buat BRO ADAM FAIZ sebab dah buat cursor nama AG ni....tekan nama dia, tu link fb dia. jeng jeng jeng! ni cursornye, 

5.Terima kasih APIT sebab doodle ni!
jangan jealous!
AG join segmen GADIS BLOGGER DSLR yang APIT buat hari tu!



tengah TUNGGU HADIAH DARI SEGMEN-SEGMEN YANG LAIN PULAK!

"perkenalan kadang-kadang tidak memerlukan tautan mata, cukuplah sekadar aku kau meminati suatu perkara yang tiada beda."

nice to know all of you! =)




Friday, April 26, 2013

Giga Siblings Birthday Giveaway by Arya Addin

nak join klik banner ni!



buat Imah, Apit , dan Adam,

[ Imah : 2 March 1998 ]
"Perempuan tak dijadikan untuk suatu belas kasihan, 
tak pula wujud untuk dipermainkan, 
tak juga untuk diperalatkan menjadi nakhoda dosa...

tapi

perempuan pemangkin kasih sayang,
 perhiasan paling tenang untuk dipandang, 
gambaran teristimewa untuk dibayang, 
dan pemimpin perkasa walau dalam balutan kesopanan,,,"

salam ulangtahun kelahiran, jadilah sebaik-baik perhiasan ya sayang... =)
-kak AG-


[ Apit : 15 June 2000 ]

"Kedewasaan dan kematangan tak pernah berjaya diukur oleh seseorang,
kehidupan dan kebahagiaan tak pernah berjaya memuaskan seorang insan,

dan kesempurnaan terlalu rumit untuk dijadikan matlamat sebuah perkenalan... 

hidup itu sementara,
kematangan itu pemandunya,
dan ketidaksempurnaan itulah sebenarnya pelengkap segalanya..."

salam hari jadi ye dik! semoga kehidupanmu bermatlamatkan kesederhanaan... =)
-kak AG-


[ Adam : 20 June 2003 ]

HAI ADIK KECIK!

nak hadiah ke?
kak AG jauhh,,, tak boleh nak bagi hadiah kat adik ADAM..

"be sweet as candy, and you'll find your life sweeter than that..."

kakak Imah ngan abang apit, tolong translate kat adik adam ye!

-with love, kak AG-


buat AYA pulak, jadi kakak yang kuat taw!

"kadang-kadang pemimpin itu pentafsir paling lambat berfikir, 
tapi
kesanggupan menerima sebuah amanah itu masih melayakkan dia
berada di tempat yang tinggi di hati semua...."

AG pun rasa susah nak jadi kakak yang awesome, aya, 
be strong and smile..=)

saja tambah kata-kata semangat untuk aya!