Saturday, October 1, 2011

my favourite subject ever!! ~chemistry~

em...masih lagi dalam tema cinta.


terasa amatla malas nak study, nak bukak buku, nak pergi exam dan nak jawab paper last for this sem....
sebab ianya chemistry!!
untungla sesiapa yang ada perasaan cinta akan chemistry..
masa sekolah dulu lagi AG dah alah dengan chemistry ni..
kalau orang resdung alah ngan udang, AG yang ade jugak resdung ni alah pada chemistry.
kalau diikutkan dari kronologi akademik AG, masa mula2 TOV tyme form 4 tu okey agi, A ag,, xhairanlah sebab masa tu highest dalam kelas AG markah die 96%...tu betul-betul ada kasih dan sayang terhadap chemistry.lepas tu kalau ditilik daripada result untuk exam selepas dan selepas itu.....AG tak ragu-ragu mengatakan subjek yang menarikla sangat ni bagai menjadi gunting dalam lipatan serta musuh dalam selimut dalam kalangan subjek2 teras yang lain....aduh terskema pulak ayat..maaflah....terkena cahaya kebijaksanaan dalam subjek bahasa melayu sebentar.kalau korang sendiri tengok pun result AG, memang obvious AG deserved to be one of the chemistry haters. dan kesudahan yang betul-betul membuat AG terkilan adalah chemistry is one of the two distributers of B in my SPM result....
jadi untuk itu semua AG nak cakap yang AG benci sangat-sangat dengan chemistry....
semua orang cakap budak yang bijak chemistry adalah budak yang betul-betul bijak sebab mungkin sir AG pernah cakap yang chemistry ni satu cabang sains yang paling susah....
untungla.....bijak chemistry bolehlah ambik medic...
bijak chemistry bolehla amek pharmacy...
bijak chemistry bolehla amek critical courses kann...
untnglaa....


pagi tadi AG dah hantar borang pilihan aliran untuk degree kat main campus nanti....
options:
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY]
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]
die suruh AG susun taw in increasing order of our interest...

and borang AG susunan die macam ni...
BACHELOR OF SCIENCE[PHYSICS]       1st choice
BACHELOR OF MATHEMATICAL SCIENCE  2nd choice
BACHELOR OF SCIENCE[APPLIED CHEMISTRY] 3rd choice

dan AG amat pasti kalau option ni ada 7 8 mahupun 10,
yang paling bawah ikut susunan AG adalah menda yang sama..langsung tiada bedanya....

AG nak ucapkan selamat tinggal untuk chemistry terchenta..
lepas detik 5.30 petang tanggal 3/10/2011 ini...
AG tak nak jumpa kamu lagi...
dan AG harap tak akan....

dan jangan tiba-tiba sebut sesuatu berkaitan acid base, atau salt, atau terkeluar sesuatu yang bernama carbon compound mahupun aromatic compound  yang berbau malang itu depan AG lagi...
mungkin sebab AG pernah terjatuh hati pandang pertama dengan chemistry dan AG nampak chemistry peluk orang lain depan AG..
manalah tahu kannn...patah hati tawww.....



SELAMAT TINGGAL CHEMISTRY.

Sunday, August 21, 2011

Letih doe...........!

one more time I insert the theme of love in this post.
the flowering one.
the purple one.
beautiful.

tapak kaki aku pegun dengan keletihan yang masih berbaki.penat doe..


"kak, mak dah beli baju raya kak.Nanti seluar akak beli sendiri kat KL la ok sayang...."

"ok..mak."
"kak, nanti tolong beli baju adik sekali..nak jugak baju beli KL.."

"nak baju macamane?"

"well..you know me...."
[dialog di atas berlaku minggu lepas...time AG call mak...tu pun bahasa seratus peratus edit ok...takut korang tak faham bahasa Terengganu...lagipun AG punya bahasa Terengganu ekstrem..hanya manikam kenal jauhari..]

dan pagi tadi AG bertolak ke destinasi membeli baju raya utama kat bandaraya merangkap ibu negara Malaysia ni.
.Malaysia oh tanah airku....
huh.masuk mood kemerdekaan sikit....tunggu punya tunggu partner AG bersiap, akhirnya kitorang bertolak dari sini lebih kurang pukul 9.30 pagi..
.pandai pulak AG bersiap awal kalau nak pergi shopping ni...
kalau kelas 9.00 pagi hari Isnin tu, selagi tak rasa lewat selagi tu lah AG  bertapa
kat atas katil terchenta tu...
aduh anak dara.....

destinasi pertama:mestilah stesen universiti...

kalau tak takkan nak terbang pergi masjid Jamek tu..
sampai masjid Jamek....

"Azwa, kita nak pergi mana dulu ni..."

"Jalan je la dulu Aiman..."
itulah AG
....tak pernah nak berlatih buat keputusan...
jalan sekangkang dua, masuklah kedai mamat sorang ni...
Aiman nak beli baju adik-adik dia....
diulang..adik-adik ye..kalau kes AG, bolehlah disebutkan adik...

awal-awal dah cakap, dia kena beli 8 baju hari ni..
dua pasang seorang...
dan AG yang adik seorang ni pun dah rasa ketar lutut mendengarnya...
tapi apa AG kesah, redah jela.....
nak beli baju kat adik-adik, kalau ajak AG beli baju kat cik abang sampai 8, 
ha tunggulah  AG bagi 8 das pelempang..




sudahnya hati sangkut kat baju kat kedai mamat tu.
Yela takkan nak sangkut kat mamat tu pulak..
dah kedai tu jual baju, bukan jual mamat tu....
hati Aiman yang sangkut,,bukan hati AG...

Hari ni AG nampak ada perbezaan yang nyata antara taste AG dengan Aiman..

"Aiman, yang ni tak berkenan ke?"
"Em..kain dia panas la Azwa.."
burp!nampak sangat ko maen redah yang cantik dan murah je bila membeli wahai anak Encik Ghazali ooiii.....

cantik jugak baju yang Aiman pilih...stylo..tapi still in Muslimah design...
baguslah tu..kalau AG baju design tu jadi pilihan bila nak masuk semester baru dekat UIA...yela dah baju-baju macam tu lah yang boleh mengeluarkan AG dari pagar UIA ni..
kat kedai tu dah melayang 70 ringgit,,
nasib bukan duit AG..tu pun dah lepas berlaku adegan tawar-menawar yang agak menarik bagi AG tadi...caya lah lu Aiman..dari 48 jadi 35 sehelai..amacam, korang ada ke bakat tawar-menawar sebegitu?
AG dah sah-sah lah takde...AG reti tawar hati bila dengar harga dia mahal je..=)...

next destination:masih di Jalan Tunku Abdul Rahman..menuju SOGO.

"Aiman, tengok situ kot ada je baju Muslimah.."
AG bertindak pantaslah..pantang nampak..sekilas baju muslimah tu kena air-cond, sudah AG tahu kewujudannya...amek kau!peribahasa buatan sendiri lagi...apa gila ke....
kitorang masuklah Pusat Pakaian Hari-hari tu....hah sesuai sangatlah cik kiah oi namanya tu...nasib baik tak jadi Pusat Pakaian Hari Raya terus...lagi spesifik dan mantop habis ler....
tilik situ tilik sana.....sudahnya, 5 baju Muslimah berjaya dipilih denagn jayanya di situ...tengah syok pegang baju untuk Aiman ni...
"Dik, ni free size ke ad size lain?"
haha..terima kasih la cik kak oii..tahu la aku ni tak comel macam artis..pakai pulak sling bag kecik ala-ala penjaga kedai gitu....kok ye pu..tengoklah aku tolong pegang baju-baju partner aku ni kak oiii....

"Em..nak try dulu ke baju tu dik?"
"Eh tak..baju ni adik dia punye.."
Sambil bibir Juihkan ke arah Aiman..
"Nak bakul ke?"
"boleh jugakk..."Aiman jawab..
Mak ai pakai bakul bagai shopping hari ni..biar benor cik Azwa Ghazali...
Ala AG tolong kawan AG shopping je mak...hahaha...

Ok..7 clothes are done..
"Aiman, ke mana pulak ni.."
"Nak beli hadiah Ustaz.."
"Oh..okey.."
tengok-tengok seluar jeans kat luar kedai pustaka mukmin tu..emm...mahal la derr...


sudah siap semuanya..
sudah selesai akhirnya..
actually AG penat nak cerita semua sekali...
AG dah beli baju untuk adik AG hari ni..muat kot..takpe adik AG model...muatla ape2 ponn...
dan pembaziran berlaku kat rantai dan reben yang kepit kat shawl tu....hehe
dan duit juga dikorbankan untuk 3 helai shawl yang chumell bangat hari ni...
huh,berjaya!
and AG nak introduce kat sini...
Aiman tu roomate AG..
aiman najwa bt mat azmi ok..
lagi 2 orang
fareha rahimi and 
fatin aqilah abdullah...

tapi yang keluar hari ni AG ngan Aiman je...

ok la...
theme of love credited to all my roomatez...

[",]
smile from me...

AG.love.tettt..!



Sunday, August 14, 2011

AG rinduuuu......!!

lambatnya balik kampung.....



rindu gulai terung...


 rindu sup sayur...


rindu tomyam...
 

rindu sambal ikan bilis....


rindu sambal belacan...




rindu ikan tilapia...



rindu ikan patin...


rindu rojak ayam.....


rindu tauhu sumbat...




aku sebenarnya rindu tukang masak mereka...
my beloved mum!!!!
i misy youuu....

yummy!
laksa penang aku paling rindu.......






dan yang paling aku rindu.....



budu!

aduss.....

parah dah aku ni....

Saturday, July 30, 2011

lelaki itu....?

loop forever.
in the wind of loxygen.


LELAKI ITU.....
yang lagaknya mampu mentadbir dunia....
yang seakan tidak akan kalah menentang syahwatnya....
namun akhirnya....
meninggalkan HAWA  bersama air mata......


LELAKI ITU....
dari jauh terdengar seolah gegak gempita....
katanya kaum HAWA itu amanahnya.....
ujarnya yang namanya perempuan itu wajib dibela....
namun akhirnya di akhbar aku terbaca....
LELAKI itu lupa akan ikrarnya.....




LELAKI ITU......
zahirnya gagah bukan kepalang.....
pantang dicabar jangan ditentang....
namun akhirnya HAWA ditinggal keseorangan di belakang.....




LELAKI ITU.....
kamusnya tidak wujud air mata....
kerana katanya itu harta seorang wanita,,,,
sejuk hati mendengarnya....
menganggap lelaki begini melindungi kita....
namun akhirnya......
kejam ke atas HAWA itu bagai jadi budaya....



LELAKI ITU....
katanya wujud HAWA asal temulangnya....
tuntas perlu disayang serta dicinta....
namun  hati seorang isteri remuk juga akhirnya......
kerana suami itu tiada sabarnya..




LELAKI ITU....
katanya siapalah HAWA tanpa mereka....
katanya memimpin keluarga itu tugas utama....
katanya yang mendera HAWA itu pengecut namanya....
namun....
HAWA terus menjadi mangsa.....



WANITA ITU....
lemahnya mereka dalam pujuk rayu ADAM....
frasa pujangga melangsai nafsu yang terbungkam....
dikata fitnah dunia....
namun...
terus berharap hadirnya ADAM itu merubah segala.....




WANITA ITU....
lembutnya mereka mengharap belas.....
bukan sengaja jadi timba yang cintanya tak dibalas....
bukan sengaja jadi tanah yang tandus dek adanya panas....


tapi....
mengharapkan semua ADAM itu benar-benar seperti ADAM...
yang kerana kasihnya masih bersama HAWA walau dihukum ke dunia....
walau sebelum itu bisa bahagia di syurga......

salahkah sekadar HAWA ini bertanya....



memang kami sendiri melihat kaum kami ada yang tidak sempurna takwanya....
tapi apa hujahnya bila ditanya,
mereka jadi begitu kerana seorang ADAM....
LELAKI cukup pandai mengutarakan kami ini lemah...
tapi kami makin lemah bial yang sepatutnya kuat itu tidak menunjukkan pimpinannya....
yang sepatutnya memimpin itu tidak tahu hak kuasanya.....









aku masuk gear 1 pujangga hari ini.teringat kekasih lama mungkin.




p/s:ni unedited version ok.aku seorang pujangga.anak angkat a.samad said.

Friday, July 29, 2011

tanya sama pokok....

again and again..
I said,again...



I wrote in the spirit of love...

tanya sama pokok apa sebab goyangg...
jawab angin yang goncang....
terbang burung terbang....

sudahhh...! aku tak ingat la pulak lirik lagu pokok ni....




mungkin otak sedikit tepu dengan reaksi-reaksi kimia 
atau persamaan-persamaan fizik...
atau mungkin space of memory terisi dengan aturan rantai pembezaan matematik....

hahaha!! ayat di atas macam menunjukkan aku belajar fizik kimia and math dalam bahasa melayu je....
writing in the mood of exam....[maybe!]....




pokok....
ape jadahnya nak tanya pokok kenapa dia goyang? baik tanya madam bila madam xde kan?menempah maut namanya....suka hati pokok tu la nak goyang ke nak tumbang ke...asalkan x kena kepala korang....tak gitu cik kiah? bukan nya luak duit korang pun kalau pokok tu goyang.....






back to the centre for foundation studies, eh tak,centre of the topic, actually nak story pasal bertanya hari ni.....

"madam, kenapa equation die guna yang tu?"
"sebab equation ni yang ade unknown yang sama dengan yang ade dlm problem kita ni...."
"kenapa equation dia macam ni, madam?".......



haa....soalan macam ni la yang nak aku kecam habis-habisan sekarang.....ok la...certain time..bagus la nak tanya kenapa dan kenapa.....kalau macam madam aku...dia bagi equation, and then dia derive jadi equation lain......kalau dalam pelajaran tu aku terima lagi sebab fundemental punya understanding tu penting....baru bley applicate konsep.....


kalau setakat warna aiskrim pun nak tanya kenapa......apa kata baca je kandungan dia tengok apa yang dia letak.....and kalau ada seseorang tanya kat aku soalan ala2 macam ni..."kenapa macam ni, tak macam tu...?"huh...dan-dan pulak aku baru lepas kelas chemistry terchenta masa tu....jawabnya....angin bergoncang la......




tak...sekarang penting sangat ke korang nak tahu kenapa warna aiskrim tu macam tu?
kenapa kak noni da ade kat kedai dia, walhal anak dia masih kecik yang amat?


kenapa uia ni ketat sangat peraturannya?haha....cepumas!
kenapa rasa air ni macam ni....
yes aku stuju semua ni menajamkan pemikiran...
tapi kalu kau tanya pada pokok yang salah, maka.....terjadilah ribut taufan...
paham ke idok?!!


memamg menajamkan pemikiran kalu kita practise otak kita memikirkan sebab dan musabab sesuatu kejadian....Allah pun ada sebut macam tu...tapi kalau tiba-tiba korang munculkan pertanyaan-pertanyaan tersebut dalam lebih kurang 10 minit lagi nak masuk Al-Malik Faisal Hall nak amek exam kimia....memang nak kena ngan aku....haha...

the conclusion are...
-thinking is good, same as asking...but be sure that they come in the right time and place...and tanya tu pada pokok yang betull..haha
-nak cakap kat sini...jangan tanya hal kalu tengok ade hal berkaitan  kimia berdekatan aku , sebab aku terkena badi kimia  dari kecik!




semoga kita mendapat manfaat dariNya...
Amiin..


state of matter:solid life+liquid of brain.....

p/s:hehe,,,,,,maaf ye peminat tegar subjek kimia....

Sunday, June 26, 2011

....mati terbelit tudung ala ular tedung..?

L.o.
written with love....
hari tu masa aku dalam perjalanan menuju kelas math yang venuenya dekat SMAWP....daarul hazihil hiwaar...


"Wei havoc la tudung dia...."
sebab masa tu aku dan clazmates ternampak kelibat seorang sister ni pakai tudung ala-ala ular tedung tu....
"Husni...ko xnak pakai tudung macam  tu ke?..."
"Aku tak nak mati terbelit tudung...."
"Haha...ape la ko ni..."

"Aku boleh bayang berapa lama dia duk bertafakur depan cermin....."
"Bangun pun awal taw nak g kelas...bukan macam kite..."

"Aku takut nanti masuk surat khabar ada orang mati terbelit tudung..."
apa ke baaarang la gurau...
ada ke mati terbelit tudung.....

tadi pagi-pagi aku dengar leteran yang sumbang-mambang dari roomate aku bila dia baca satu post kat facebook....


tudung ala macam ni la


pasal tudung ala-ala ular tedung ni lah......
dan post tu dari seorang yang datangnya dari golongan adam....

betul..kalau ikut fashion-addicted punya person, man actually knows less about fashion....
tapi...kalau ikut realiti kehidupan kita setiap hari, man is one of the uncountable list of person that see you either by intention or not....

the point is....
kaum adam ni biasanya takkan tegur kalau fashion itu kita gunakan selari dengan objektif pemakaian tudung yang sebenar-benarnya....

i'm not such a perfect person....
mine is also incomplete...

peranan kita masih sama....
berpesan-pesan dengan kebenaran...
berpesan-pesan dengan kesabaran..



all of us are beautiful girls...
and those boys actually having their own way to control their desire towards us...

and sebab tu la kowt muncul post-post yang kurang sedap dibaca tu.....

aku atas pagar ok.......
daa....

v.E.






pompuan ni kompius nak pakai shawl macamane..



Saturday, June 18, 2011

..........sejati ke??

L.o.
with love i wrote.
tadi aku terbaca satu komen kat one of the group yang aku join...pemilik blog tintapenaku tu shout kat sume blogger kat Malaysia ni kot..dia tanya betul ke kami ni blogger?

bertanyakan sejauh mana sejati itu sia-sia la brother.....

sejati sangat ke dia tu...
intention orang tak siapa tahu la..




.blogger sejati angkat tangan!!!
yang tak sejati macam mana pulak??





macam mana blogger dinilai?
bagi aku peranan blogger ni sama...
menyebar apa yang patut dan berkongsi segala apa yang manis dikongsi...

tup-tup dengar ada blogger kena tahan...
sebab sebar benda yang tak patut....









kita semua memang sibuk nak nilai orang...
sedangkan yang paling layak menghitung tu Allah...
kita tak habis-habis nak tuding jari...
sedangkan kita tak tahu malaikat pun tengah tuding jari kat kita....
seluruh anggota kita pun tengah bersedia nak tuding jari bila diminta di akhirat kelak...
perlu ke kita bertanya baiknya seseorang kalau kita sendiri belum habis bertafakur merenung dosa semalam...
merenung nasib esok....








aku kagum jugak sebenarnya dengan certain blogger..
gaya bahasa diorang...
dah boleh terbitkan buku sendiri...
what they sid also marvellous....
and kadang-kadang aku pun banyak timba ilmu melalui blog...
tahu macamana malaysians voice out,,,,


kita kan negara demokrasi....
1malaysia boleh bersuara...
but thinking with desire mostly killing...


and jangan lah sampai masyarakat memandang kita semua blogger dengan pandangan dari sisi malap...
tanpa nampak terang yang ingin kita sampaikan....




kasih sayang.
dari aku.

p/s:hidup blogger...!

Friday, June 17, 2011

..The Eleventh Hour....

pernah dengar tak pasal ni..:

"the man who decided to change on the 12th hour died on the eleventh hour.."

tadi aku baru habiskan first part contengan jalanan, karya my beloved novelist.....hlovate.being impressed of that book, again and again by the words written by this high-talented person...mesti ramai yang dah baca buku ni.
as well as da finish part one...story of affendy..trying to change on the 10th hour...worrying that the 12th one is not fated by Allah for him....
aku pun manusia biasa....

kalau nampak dosa pahala tu macamane aku pun takut nak buat dosa...
tapi Allah dah janjikan syurga dan neraka...
bagi yang sedar akal tu berguna..
bagi yang tahu nafsu bukan raja...
bagi yang peka dunia bukan segalanya.....

kalau esok bukan untuk aku lagi...
sempat ke aku nak mintak maaf kat mak?
sempat ke aku nak jadi manusia berguna?
sempat ke aku nak jadi hamba Allah in the true meaning...
in the being translated version...

try la baca novel ni....
aku nak berubah tapi kenapa obstacles kat depan tu macam buat roadblock besar-besaran sempena penghijrahan aku......
hari tu tyme cuti n kerja part-time kat supermarket tu..aku jumpa budak umur 17 tahun...yang surprisingly dah dapat status janda... huh...
mengucap panjang aku....
aku takut sebenarnya,..takut dengan diri aku sekarang..takut dengan dunia sekarang yang fully-conquered by the desire......
kalau automatically-labelled bile bah pecah dara aku rasa boleh bilang je remaja perempuan yang truly virgin kat tanah melayu ni...tanah melayu tapi western-style-developed... yang peliknya maju tak pulak setaraf dengan negara-negara barat tu....
aku bukan PM nak tentukan rancangan masa depan untuk Malaysia...
aku bukan raja nak menitahkan bahawa something have to be done...
aku bukan cikgu nak didik anak bangsa kita ke arah kemodenan without lowering the reflection of Islam...
semua nak kepoh bila baca blog adinda tu..
kononnya terkejut budak tu sanggup buat statement macam tu....
kita sibuk2 macam tu pun the gone was gone la....
nothing should be done except before she did that thing called sin....
kalau nanti semakin ramai yang buat statement macam tu......

yang tinggal ni imannya tak lebih jugak dari nipisnya kulit bawang......

kalu iman yang tinggal tu dikuasai inkuiri yang mendorong ke the black hell maka tamatlah riwayat iman yang sepatutnya being a saviour itu....
kissing...
hugging..
saying i love you till my time ends...
tears for the kononnya-beloved-ones....
without a certificate of marriage....
aku dah bosan dengan semua ni..
muak macam dah penuh perut...
aku tak cakap orang lain..
aku pun sama....
mudah sangat hanyut,,,
macam tak cukup kasih sayang,,
walhal Allah tu kasih sayangnya melimpah ruah..
tak payah nak call2...
tak payah bazir kredit nak mesej pun...
tengok2 esok boleh celik mata tengok pemandangan kat cfs ni...
boleh belajar benda baru setiap hari...
sedangkan aku sendiri...
nak keluar alhamdulillah sekali sehari pun tak semudah aku nyanyi lagu faizal tahir setiap saat...
sedangkan kalimah2 Allah tu jauh lebih pendek dari lirik2 lagu yang kosong tu.......

bayangkan kita lelaki dalam statement aku mula2 tadi...
the man who decided to change on the 12th hour died on the 11th hour.....
11 comes before twelve...

and aku sendiri...

tak tahu sebenarnya jam untuk aku berubah datang sebelum atau selepas jam jasad aku berpisah dari rohnya...



Allah knows everything....

banyak lagi benda yang boleh diikut selain nafsu kan.....
bantu manusia macam aku untuk berubah....
kadang-kadang kita tak sedar kita hidup untuk apa...
ustaz ada cakap..
"great life begins with the end of mind......"
mana la tahu end of mind tu tak ditakdirkan untuk aku...
aku pun nak merasa syurga kerana aku muslim cemerlang..
aku tak nak merasa syurga hanya kerana islam tu ada kat ic aku...

tapi dosa-dosa semalam bagai tidak mahu memberi ruang untuk satu perpindahan...
seolah-olah tidak ada jalan pulang...
remaja kita terlalu celik dengan keyboard2 komputer hingga buta tentang dosa...
......................................................
mungkin
aku terlalu takut esok itu tiada
i wonder if i have to meet my full stop before the 12th hour
if i decided to change on the 12th one
.....................................

probably
i have to change before the full stop appears 
before the commas disturb...
i have to
..................................................
wish me luck

Allahuakbar.


[contengan jalanan-hlovate]